Kurang dari 3 bulan, pada Disember 2019, The Patriots akan menyambut ulangtahunnya yang ke-8.

Pahit, manis, masam, manis, apa yang tak rasa. Jatuh, bangun, jatuh balik, bangun balik. Penat, letih, tak cukup masa, secukup rasa. Wife pernah mengadu kata saya lebih sayang TP dari sayang dia. Hehe.

Purata artikel yang dinaikkan setiap hari adalah 5 artikel. Walaupun pernah satu ketika sampai 7 ke 10 artikel. Sampailah pembaca bagitau kurangkan sebab tak terkejar.

365 hari x 7 tahun = 2,555 hari
2,555 hari x 5 artikel sehari = 12,775 artikel
12,775 artikel x 1000 patah perkataan = 12,775,000 patah perkataan

Lebih dari separuh dari tempoh 7 tahun ini adalah saya dan Helmi Effendy yang sepenuh masa jaga The Patriots. Rakan-rakan admin lain dibelakang membantu walaupun ada yang sibuk bekerja.

2017 adalah titik tolak proses membesarkan keluarga Patriots.

Bermula dengan Rasydan Mahzan, kemudian Rabbai Heimein II, kemudian Syazrul Aqram, dan tak lupa wanita besi TP Mas At, dan kini keluarga kecil kami sudah mencecah 16 orang.

Long journey. Would not change a thing.

Terima kasih kepada semua yang menyokong kami selama 7 tahun ini.