Macam mana nak buat watak-watak utama kita jadi hidup? Kenapa nak jadikan watak kita sangat hidup? Kau rasa kenapa kau nangis-nangis masa tengok TV Series, drama atau baca novel?

Jawapannya ialah bila kau mampu jadikan watak utama dan watak sampingan kau hidup, maka orang mula berpaut pada watak-watak novel kau. Bila orang dah mula berpaut, masa tu emosi diaorang senang kau sentuh.

Nak jadikan mende ni bukan senang, tapi aku akan gariskan tips-tipsnya, dan itu kalau kau nak menulis novel nanti, bolehlah ambil tips aku ni.

Cipta watak dalam novel kau berdasarkan orang yang hidup.

Perasan tak yang setiap watak dalam novel aku namanya adalah watak-watak yang aku kenal dalam sekeliling aku. Sebab musababnya, aku mengambil watak dalam hidup mereka yang sebenar dan cuba terapkan dalam novel-novel aku.

Bila watak berdasarkan orang sekeliling kau, ia akan jadi realistik. Kau tak akan jumpa watak-watak yang kaku, bisu, dan 1 dimensi sahaja. Hanya watak yang realistik jer yang dekat dengan hati pembaca, sekaligus menjadikannya hidup.

Bina watak dan perwatakan yang pelbagai.

Kesilapan kebanyakan penulis yang aku kenal, watak utama dan sampingan diaorang terlalu 1 dimensi. Kau cakap watak A dan B berbeza, tapi cara tuturkan dialog pun sama. Kau cakap watak A dan B berbeza, tapi kau tak tunjuk perbezaan watak diaorang pun.

Antara watak-watak yang diinspirasikan dari orang sebenar dalam novel bersiri Mercenaries

Ada novel aku jumpa si lelaki bertutur macam perempuan, si perempuan memang dah bertutur macam perempuan. Padahal, percakapan watak perempuan dan lelaki pun ada perbezaan yang ketara yang seorang penulis kena pandai cipta. Jadi, buat setiap watak-watak kau berbeza.

Sebab dari sini, kau mampu cipta perkembangan watak menarik. Orang membaca novel dapat melihat perkembangan watak cerita kau. Contohnya, pada awal cerita, si A seorang pentingkan diri sendiri tetapi mula berubah menjadi setia kawan. Si B dari pemalu dan selalu dibuli menjadi pemberani dan lantang bersuara.

Pembaca akan lebih dekat dengan watak-watak yang berkembang sebab mereka bersama dengan watak kau dari perwatakan yang asal kepada yang baru. Perkembangan ni akan memberi kesan emosi yang sangat kuat kepada pembaca kau. Kau bayangkan pembaca melihat si A pada awal sebagai seorang yang meluat, namun mula tersentuh bila melihat semangat setia kawannya di pertengahan cerita? Mesti dia akan bersorak untuk watak tu.

Tapi kalau kau tak mampu nak buat dialog setiap watak dituturkan oleh mereka pun nampak beza, maka ada masalah untuk kau nampakkan watak kau hidup.

Untuk hari ni aku bagi 2 tips penulisan dulu, di masa yang akan datang, kita akan belajar banyak lagi

Helmi Effendy