Sebagai organisasi yang terkesan dengan kecelaruan ekonomi, penularan wabak, The Patriots tidak lari dari memerlukan beberapa perubahan dalam perancangan dan gerak kerja.

Dari segi operasi, kami sudah memulakan BCP atau Business Continuity Plan yang melibatkan gerak kerja sedikit berlainan bagi team The Patriots sepenuh masa. Pada 5 Mac, memo dalaman sudah diedarkan – staf digalakan bekerja dari rumah terutama untuk unit editorial (buku & portal).

Bahagian jualan & fulfilment pula disaran membuat penggiliran jadual kerja, asalkan tidak menggangu urusan pembelian dan penghantaran.

Memo itu juga memberikan panduan umum pada team dan juga SOP bagi kebersihan, penerimaan tetamu dari luar, temujanji dan beberapa hal lain. Ini semua adalah untuk meminimumkan risiko serta menunjukkan organisasi serta pengurusan peka. Poster ditampal, hand sanitizer medical gred juga dibeli untuk kegunaan pejabat.

BCP dari segi kewangan juga sedang dibuat. Kebanyakannya merupakan faktor yang susah untuk dikawal dan sebagai syarikat baru kurang dari tiga tahun, kemampuan menyerap kos agak terbatas.

Antara perubahan dibuat selepas PBAKL ditunda adalah jadual penerbitan disemak semula, bajet pembelian ditunda, migrasi server juga perlu tunggu dulu, new and immediate revenue streams juga perlu dicari.

Account Payable dan Account Receivable pada masa ini perlu diteliti semula keutamaan dan perbincangan semula mana yang boleh akan diuruskan untuk kelangsungan aliran tunai. Di sini, saya akan menggunakan sepenuhnya resting bitch face saya (yang visible walaupun dalam whatsapp).

Di dalam situasi yang kebanyakan perancangan agak lari (atas sebab di luar kawalan), yang paling penting adalah komunikasi. Terutama bila work remotely adalah sebahagian dari cara kami beroperasi sekarang.

Atas sebab-sebab tertentu, saya sendiri work remotely dari Disember 2019 dan ambil paycut hampir 20% mulai Januari 2020. Sepanjang tempoh ini, yang paling penting bagi saya adalah komunikasi tidak terputus. Saya sendiri meletakkan tanda aras untuk ‘BE AVAILABLE & TO REPLY’ within 1-3 minutes jika dihubungi. Jika saya tak boleh dihubungi, biasanya saya akan beri tempoh masa atau notis AFK (Away From Keyboard) lebih awal. Jika ada benda di pejabat perlu semakan atau temujanji yang saya tidak boleh penuhi, saya akan maklumkan kepada team mate lain untuk membantu.

In teamwork, silence isn’t golden, it’s deadly.

Sebagai syarikat dengan culture yang unik, adalah penting bagi keluarga The Patriots sama-sama pastikan kelangsungan organisasi untuk tahun-tahun mendatang.

BCP akan diteruskan dan akan berubah dari semasa ke semasa terutama pada situasi yang sukar ini. Pihak pengurusan akan memantau rapat perubahan dan juga melihat semua peluang yang ada, rancang dan sampaikan untuk direalisasikan bersama.