Membangunkan The Patriots dan jugak Mahakarya selama bertahun-tahun membuatkan aku sedar perkara. Membangunkan branding itu paling penting.

Kadang-kala buku itu berkualiti, tetapi sebab branding tak kuat, maka akhirnya tenggelam dalam rak buku. Ada buku macam hampeh, tapi sebab branding penulis atau penerbit bukunya, maka buku tersebut laku.

Korang tahu tak tahun pertama Mahakarya ditubuhkan, kami di TP ambil keputusan untuk tidak menjual buku. Tak, setahun diambil untuk kami membina branding MAHAKARYA. Selepas tu baru kami berani masuk menjual buku. Kami tak nak ulang kesilapan publisher-publisher baru yang rugi besar dengan join market tanpa orang mengenali mereka dahulu.

Dan sepanjang setahun tu, berapa ribu, malahan belasan ribu dihabiskan untuk semata-mata menaikkan branding MAHAKARYA sahaja. Masa setahun ni, TP tak dapat duit pun. Bayar editor, bayar designer, bayar iklan, hanya untuk semata-mata untuk orang kenal Mahakarya sahaja.

Masa setahun inilah MAHAKARYA membina imej sendiri, membuat penyelidikan ke atas market fiksyen dan juga mengumpul pengikut. Sungguh, tak dapat untung langsung. Tapi TP anggap ianya sebuah investment yang perlu sebab kami tak boleh kekal dengan buku bukan fiksyen sahaja.

Malahan data kajian kami mendapati pasaran buku bukan fiksyen hanya sekitar 30-40 peratus sahaja di Malaysia. Selebih 60-70 ialah pasaran buku fiksyen! Dan kalau suatu hari nanti, hype orang pada pop-ilmiah mati, kami masih ada saluran lain untuk bernafas.

Kami hanya menjual buku atas branding MAHAKARYA selepas setahun Mahakarya bertapak di media sosial. Alhamdulilah, berkat kesabaran membina branding, dan pelaburan beribu-ribu yang TP pump ke dalam Mahakarya, THE ARRIVAL berjaya mencipta rekod jualan kami.

Contoh hasil setahun pelaburan, kami dapati bahawa pembaca kami ialah pengikut siri-siri Netflix dan Amazon, berusia 20-40-an, dan jugak banyak datang dari negeri seperti Sabah. Jadi, kami ambil keputusan, untuk semua novel-novel kami, akan dinaikkan persis sebuah siri TV.

Sebab pembaca kami dari rural area, kami ambil keputusan untuk launch pra-tempah buku fizikal kami di Shopee dulu berbanding webstore. Aplikasi yang paling dekat dengan seluruh rakyat Malaysia, agar diaorang tak susah membeli di webstore kami yang masih baru untuk mereka.

Juga, sebab kami tahu pembaca kami anak muda dan kaki layan TV Series ni semua, aku dah tetapkan bahawa Mahakarya mesti ada stail unik, di mana kita akan buat novel kita persis setiap bab dilayan seperti episod. Ini penting untuk branding Mahakarya. Setiap penulis yang kami lamar sertai projek kami, biasanya aku dah briefing.

“Setiap episod, kena ada cliff-hanger. Cerita kena macam korang tengah tonton Netflix tu semua. Tak boleh pakai dah gaya penulisan novel biasa.”

Dan betapa aku tolak kebanyakan karya walaupun berkualiti sebab tak kena branding dan imej yang aku cuba bawa untuk Mahakarya. Banyak cerita power aku dapat, tapi sebab gaya penulisan tak kena branding Mahakarya, aku terpaksa rejek.

Hasilnya, 1000 buku fizikal kami, The Arrival telah terjual dalam 1 minggu. Tak pernah ada lagi buku terbitan kami mencapai kejayaan hebat ini. Dan membina branding ini perlu kesabaran, modal yang besar, dan tidak tergopoh-gapah.

Ini pun selepas kejayaan buku fizikal pertama kami, kami masih belum berhenti menaikkan branding Mahakarya. Malah bajet bulanan TP untuk Mahakarya baru jer digandakan ke 2-3 kali lebih besar daripada bajet sebelum ini.

—-

Helmi Effendy
Chief Marketing Officer
Patriots Holding