Assalamualaikum w.b.t dan salam damai.

Kami ingin memaklumkan mengenai ralat teks pada halaman 75, perenggan kedua, bagi buku Kitab Tamadun Islam karangan Ibn Jawi.

Nabi Ibrahim tidak menyahut panggilan tersebut lalu Siti Hajar bertanya “Adakah ini merupakan perintah daripada Allah?” Maka Nabi Ibrahim menoleh dan mengangguk lalu terus pergi meninggalkan Siti Sarah serta Nabi Ismail di negeri yang tidak berpenghuni itu.

Ralat pada teks Siti Sarah. Teks yang sebetulnya ialah Siti Hajar.

Kami akan memperbaiki ralat teks ini pada cetakan yang ketiga kelak.

Juga kami ingin memakluman ralat kesilapan cetakan pada halaman 117, bagi buku Kitab Tamadun Islam karangan Ibn Jawi.

Halaman 117 ini tidak wujud, sebaliknya telah silap dicetak dengan halaman 400.

Berikut ialah halaman 117 yang tidak terpampar pada buku;

Kami memohon maaf atas ralat ini. Segala kesulitan amat dikesali.

Sekian,

Editor.