Amerika: Penguasa Dunia Baharu

Amerika: Penguasa Dunia Baharu

Ahmad Faezal

Kulit lembut
01 May 2025 | Imprint: The Patriots

Sinopsis

"Dalam buku Amerika: Penguasa Dunia Baharu, aku membentang betapa Donald Trump sebenarnya seorang militarist. Dia bukan sama sekali 'peace loving' macam dipersepsikan."

Amerika Syarikat—negara yang membatasi logik akal. Bagaimana sebuah kuasa besar boleh muncul dalam masa kurang 100 tahun tanpa akar, tanpa bangsa dan tanpa sejarah? Daripada koloni yang penuh dengan konflik, kebuluran dan kanibalisme, Amerika bangkit menjadi kuasa dominan yang menakluk dunia.

Buku ini mengupas sejarah kelam dan berdarah Amerika Syarikat, daripada leluhur peribumi yang berjuang mengekalkan tanah mereka, hingga kedatangan penjelajah Eropah yang membawa kemusnahan. Kisah keganasan Columbus, kezaliman Sepanyol ke atas Aztec dan Inca, serta percaturan geopolitik yang membuka jalan kepada kebangkitan Amerika sebagai kuasa besar.

- Mengapakah Jepun, Jerman dan Soviet akhirnya tunduk kepada Amerika?

- Bagaimanakah perang dan agama menjadi alat penjajahan yang paling berkesan?

- Kenapakah perang di Afghanistan dan Vietnam gagal memusnahkan dominasi Amerika?

Dari laluan Beringia ke Salem Witch Trials, daripada Perang Revolusi ke Perang Dingin, buku ini menghubungkan sejarah dunia kepada kebangkitan Amerika sebagai PENGUASA DUNIA BAHARU.

774 halaman ISBN 9786299555100

Butiran

Tarikh terbit: 01 May 2025
Halaman: 774
ISBN: 9786299555100
Imprint: The Patriots

Tentang Penulis

Penulis, wartawan video bebas (independent video journalist), dan penganalisis konflik global. Beliau sangat dikenali menerusi media sosial (terutamanya di TikTok Ahmad Faezal) yang mempunyai jutaan pengikut kerana keupayaannya menapis isu geopolitik, sejarah ekonomi, dan astronomi antarabangsa yang rumit menjadi ulasan video yang santai, padat, dan mudah difahami oleh marhaen