Genesis: Kosmologi dan Dunia Kuantum

Genesis: Kosmologi dan Dunia Kuantum

Zamir Mohyedin

Kulit lembut
25 January 2020 | Imprint: The Patriots

Sinopsis

"Saya teruja kerana buku ini mengandungi isian yang mantap dan berlandaskan pengetahuan fizik yang kukuh serta bukan sekadar sentuhan pada permukaan sains sahaja. Ia mantap dan padat, namun ditulis dalam cara yang mudah difahami bagi yang bukan ahli."

Petikan oleh Prof. Dr. Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah

Telah banyak manusia ketahui tentang isi kandungan alam semesta dari lohong hitam, bintang-bintang dan galaksi-galaksi hinggalah sifat ruang-masa yang amat unik. Namun, lebih banyak rahsia yang masih belum diketahui lebih-lebih lagi misteri tenaga gelap, jirim gelap dan ramalan penghancuran alam.

Sekecil-kecil dunia kuantum telah menjadi dasar untuk memahami realiti dan blok-blok asas ciptaan. Dunia kuantum meneroka daya-daya dan tenaga yang menjadi jentera untuk menggerakkan pelbagai jenis fenomena alam yang menakjubkan.

Manusia terus maju ke hadapan untuk bergerak lebih jauh dengan pelbagai visi yang mengagumkan, daripada membina tamadun galaksi, menuju ke masa hadapan, bergerak melebihi kelajuan cahaya hinggalah aspirasi mencari tamadun asing.

298 halaman ISBN 9789672437147

Butiran

Tarikh terbit: 25 January 2020
Halaman: 298
ISBN: 9789672437147
Imprint: The Patriots

Tentang Penulis

Ahli fizik, penyelidik, dan penulis sains popular nombor satu di Malaysia. Beliau sangat dikenali kerana keupayaannya memasyarakatkan "ilmu berat"—terutamanya fizik kuantum, kosmologi, dan psikologi—menjadi penulisan sains yang santai dan mudah difahami oleh orang awam.  Beliau juga memegang ijazah sarjana muda (B.Sc) dalam bidang Fizik, sarjana (M.Sc) dalam Fizik Bahan, dan Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Fizik Perubatan. Kajian penyelidikan beliau melibatkan simulasi sifat bahan pada peringkat atom serta dosimetri sinaran untuk radioterapi.