Kitab Tamadun Mesir Purba

Kitab Tamadun Mesir Purba

Helmi Effendy

Kulit lembut
01 June 2024 | Imprint: The Patriots

Sinopsis

“...seiring mataku mula menyesuaikan diri dengan cahaya, butiran-butiran bilik di dalamnya mula muncul perlahan-lahan dari kabus, binatang-binatang pelik, patung, dan emas di mana-mana sahaja di dalam makam itu terdapat kilauan emas.” Howard Carter ketika menemui makam Firaun Tutankhamun.

Terokai keagungan dan misteri Mesir Purba dalam Kitab Tamadun Mesir Purba. Buku ini mengajak pembaca menelusuri Era Kerajaan Mesir, dari Era Arkaik hingga Era Pereputan, sambil mengungkap keindahan mitologi, proses mumifikasi, dan rahsia Lembah Raja-raja.

Saksikan kehebatan firaun-firaun legenda seperti Ramses II dan Cleopatra. Diperkaya dengan fakta tentang kehidupan harian, ketenteraan, pakaian, makanan, serta kemajuan sains dan teknologi Mesir Purba. Kitab Tamadun Mesir Purba ialah jendela masa ke salah satu tamadun teragung dalam sejarah.

490 halaman ISBN 9789672437857

Butiran

Tarikh terbit: 01 June 2024
Halaman: 490
ISBN: 9789672437857
Imprint: The Patriots

Tentang Penulis

Pengasas bersama The Patriots, aktivis sejarah, dan salah seorang penulis paling prolifik di Malaysia. Beliau mempunyai impian untuk menubuhkan sebuah "Baitulhikmah versi Melayu", iaitu sebuah usaha mega menterjemah dan menghimpunkan karya-karya agung pemikiran dunia ke dalam bahasa Melayu supaya ilmu dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat.