Politik Untuk Pemula

Politik Untuk Pemula

Ayman Rashdan Wong

Kulit lembut
01 January 2021 | Imprint: The Patriots

Sinopsis

"Panduan wajib untuk celik politik bagi mengelak diri daripada ditipu"

Petikan oleh Utusan Malaysia

Apakah punca kekacauan politik?

Bagaimanakah untuk mewujudkan kerajaan yang stabil?

Sejauh mana kita faham tentang sistem ‘demokrasi berparlimen dengan raja berperlembagaan’ yang diamalkan oleh negara kita?

Mengapa ahli politik sukar menunaikan janji?

Persoalan-persoalan ini hanya mampu dijawab jika kita mempunyai asas pengetahuan tentang institusi-institusi, ideologi-ideologi dan prinsip-prinsip dalam politik.

Kalau anda berasa keliru dengan keadaan politik semasa, atau berasa bosan dengan perbahasan politik yang sekadar mengangkat pujaan dan menghina lawan pujaan masing-masing, buku ini akan membantu anda membina perspektif baharu dan segar tentang politik.

288 halaman ISBN 9789672437161

Butiran

Tarikh terbit: 01 January 2021
Halaman: 288
ISBN: 9789672437161
Imprint: The Patriots

Tentang Penulis

Penulis dan penganalisis geopolitik bebas terkemuka di Malaysia. Beliau merupakan seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang berkhidmat dengan Kerajaan Persekutuan Malaysia. Beliau juga mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang Hubungan Antarabangsa dan Pertahanan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM)