/Soalan Lazim
Soalan Lazim2018-04-29T14:56:22+00:00

Soalan Lazim

Pelbagai sebab. Jika diambil dari mula proses, ini antara isu-isu yang boleh dihadapi:

  1. Pesanan telah dibuat tetapi bank belum meluluskan transaksi.
  2. Kelewatan akibat cuti awam yang bertangga.
  3. Pihak pos lewat membuat penghantaran atau lewat mengemaskini status penghantaran.
  4. Posmen tiba di destinasi penghantaran tetapi tiada penerima.
  5. Parcel tidak diambil pembeli di pejabat pos dan dipulangkan semula.

Apa pun masalah juga boleh timbul dari pihak kami. Seeloknya jika berlaku masalah, cepat menghubungi kami.

Proses pesanan biasanya adalah dalam 3-5 hari bekerja. Tapi ini tidak termasuk pengeposan oleh pihak Poslaju. Bagi pra-tempah atau promosi, pembelian hanya akan diproses selepas tarikh pra-tempah atau promosi tamat.

Kami sedang perbaiki dan percepatkan proses ini supaya pembeli tidak perlu menunggu lama.

  1. Pastikan semua info diberi dengan lengkap (nama penuh, alamat penuh TERMASUK POSKOD, serta nombor perhubungan yang betul)
  2. Pastikan alamat emel yang digunakan adalah aktif sebab kesemua notifikasi akan dihantar melalui emel, termasuklah no tracking
  3. Sentiasa periksa nombor tracking serta status penghantaran anda di laman sesawang pihak pos.
  4. Tinggalkan pesanan kepada orang lain tentang anda sedang menunggu parcel.

Pembeli akan terpaksa membuat bayaran pos sekali lagi untuk kami hantar sekali lagi. Atau pembeli boleh datang terus ke pejabat kami untuk ambil.

Segera hubungi kami untuk kami buat pembetulan. Segala kos pemulangan semula atau penggantian akan ditanggung pihak kami. Perlu juga diingat semua aduan perlu dibuat di dalam tempoh 15 hari pembelian.

Selalunya setiap keluaran judul terbaru akan kami hantarkan buku yang bertanda-tangan penulis. Selepas dari itu, anda perlu menunggu sesi pelancaran buku, sesi bedah buku, atau mana-mana acara atau program kami yang penulis berada di sana.

Pra Tempah buku Di Sebalik Tirai Layar & Nazi Di Hujung Jari dibuka sehingga 24 Ogos 2018. Tempah untuk diskaun menarik. Dismiss