fbpx
Home/5BUKURM60
  • E-BUKU
    SINOPSIS BUKU FIKSYEN PERTAMA TERBITAN THE PATRIOTS:Alam raya ini bakal menyaksikan perubahan keramat menjelang era pengakhiran akhir zaman. Maka satu per satu khalifah di Nusantara pun mula dibangkitkan. Bukan di alam nyata sahaja, malah di dunia sebelah sana juga.Ini ialah kisah kelahiran seorang puteri yang suatu hari nanti bakal mengubah status hierarki beraja di seluruh alam. Lahirnya di sebuah pulau dari Pantai Timur Malaysia.Ini juga kisah seorang putera yang sangat sayangkan maruah umat manusia sehingga sanggup menghancurkan segala-gala dengan bara apinya.Dua manusia berdarah istimewa ini akan melaga keazaman mereka, kepercayaan mereka, tekad dan raksa kersani mereka demi satu matlamat agung untuk membebaskan tanah kelahiran mereka dari terus jahil di dalam permainan syaitan. Kesudahannya akan membuka mata semua makhluk bernyawa. Mereka ialah bukti hidup yang segala-galanya ada di sekeliling kita!
  • E-BUKU
    SINOPSIS BUKU FIKSYEN PERTAMA TERBITAN THE PATRIOTS:Surat berantai yang disebarkan melalui Whatsapp itu kalau disebarkan kepada 77 orang dalam masa sehari, maka kisah-kisah dongeng, fantasi, dan berhantu itu akan menjadi realiti. Dalang disebalik permainan tersebut hanya menggelar dirinya sebagai Si Luncai.Setiap waktu, ada sahaja benda yang tidak wujud yang disebarkannya, yang kemudian tersebar ke orang lain menjadi realiti. Tiada siapa yang tahu identiti sebenar Si Luncai, tidak juga yang tahu apa motif dan bagaimana dia melakukannya.Mayat yang sudah mati bangkit dari kubur, hantu laut yang mampu menunaikan permintaan berkaitan apa sahaja, kem perang menakutkan sehinggalah ke muzium kapal Titanic terbesar di dunia yang memakan nyawa.Semuanya angkara Si Luncai. Salah seorang mangsa ialah Shahmil dan sahabat-sahabatnya secara tidak sengaja terheret dalam permainan Si Luncai. Situasi memaksa mereka mencari Si Luncai, menghentikan segala tindak-tanduknya atau nanti Dirgahayu yang benar-benar terkesan dengan permainan surat rantai Si Luncai itu hancur!  
  • E-BUKU
    Sinopsis: Operasi Badar : Mencalar Keangkuhan YahudiApabila Mesir dan negara Arab tewas kepada Israel dalam perang Enam Hari 1967, mitos tercipta bahawa Israel tidak akan tewas di tangan Arab. Presiden Anwar Sadat yang menggantikan Gamal Abdel Nasser tercari cari formula untuk memulihkan kembali air muka Arab. Beliau sedar apa yang diperlukan bukan formula ajaib tetapi muslihat untuk mengalahkan Israel dan merampas kembali tanah Sinai.
  • E-BUKU
    Sinopsis: Tokoh Agung Melayu"Umat yang sedang bangkit memerlukan perasaan bangga dengan kaumnya sebagai satu bangsa yang agung, istimewa dan bersejarah sehingga terbentuk dalam diri generasi muda. Lantas mereka berjuang demi keagungan dan kemuliaan itu dengan darah dan roh mereka. Mereka bekerja demi kebaikan tanah air, kemuliaan dan kebahagiaannya'. - Hassan Al BannaMenghina, menjatuhkan Melayu adalah pengkhianatan kepada orang Melayu sebab ia berupaya untuk membunuh terus keupayaan bangsa itu, lantas membawa kepada kepupusannya seperti bangsa-bangsa agung yang lain dalam sejarah.
  • E-BUKU
    Buku ini membawa pembaca menyelusuri detik-detik dari pada terbinanya kapal hinggalah ke 100 tahun sambutan kapal ini. Buku ini bukan membawa pembaca hanya sekadar membaca, tetapi menjadi seolah-olah sebagai saksi kepada salah sebuah tragedi agung itu. Hayatilah dengan air mata.
    Titanic adalah cinta yang terkubur dalam lautan gelora.
  • E-BUKU
    "The aim of science is to make difficult things understandable in a simply way. The aim of poetry is to state simple things in an incomprehensible way. The two are incompatible." - Paul Dirac
  • E-BUKU
    Kesultanan Melayu Melaka seringkali menjadi bahan polemik apabila sejarahnya dibangkitkan dan dinukilkan. TAS akan membawa pembaca menelusuri himpunan petikan-petikan berkenaan kerajaan agung bangsa Melayu ini merentas catatan dan manuskrip dari dalam dan luar negara. Ikuti garapan sosio-budaya dan sosio-ekonomi Kesultanan Melayu Melaka di dalam buku yang pasti dapat menjawab segala persoalan anda mengenai ketamadunan ini.
  • E-BUKU
    582 Sebelum Masihi. Ini bukan calang-calang tarikh. Berdirinya Tamadun Batu adalah lebih awal daripada China disatukan di bawah Qin Shi Huangdi. Lebih awal daripada kelahiran Alexander The Great menakluk dan membina empayar. Lebih awal daripada Lebih awal daripada Julius Caesar membina empayar Rom. Lebih awal daripada Asoka menyatukan seluruh India. Lebih awal daripada kelahiran Nabi Isa A,S dan Nabi Muhammad S.A.W. Lebih awal ribuan tahun daripada tarikh wujudnya Kesultanan Melayu Melaka dan Empayar Melayu Srivijaya.
  • E-BUKU
    Bagaimana mungkin seorang paderi dalam buangan mampu menggerakkan sebuah angin perubahan sehingga menjadi perwira agama?
  • E-BUKU

    “Mein Führer”

    Sekelompok rakyat Malaysia mendendangkan entiti Nazi ini seperti hero.Kononnya;
    1. Nazi adalah penyelamat umat Islam melawan Yahudi
    2. Mereka membebaskan umat Islam daripada penjajahan.
    3. Mereka diibaratkan sebagai adiwira seperti di dalam komik barat.
  • E-BUKU
    Teori KonspirasiAda sesuatu yang tidak kena pada teori-teori konspirasi ini yang dipeluk oleh umat sejagat. Teori ini tidaklah sesuci yang dibayangkan. Teori ini ada sisi gelap yang menunggu masa dibongkarkan.
  • E-BUKU
    Tamadun Melayu sedang diclaim. Kerajaan-kerajaan Melayu Purba beragama Hindu dan Buddha dahulu begitu rakus dipanggil sebagai tamadun Tamil hanya kerana pernah beragama Hindu-Buddha. Seorang pendekar harus lahir demi mempertahankan sejarah yang sebenar. Sebuah hujah harus disusun dengan kemas, kelak ketika berhadapan dengan golongan ini, sejarah Melayu yang sebenarnya dapat ditegakkan.Lahirlah buku Mencabar Teori Chola yang ditulis demi membersihkan sejarah Melayu daripada kultus Chola berjaya dihasilkan. Semoga dengan terbitnya buku ini, perjuangan mempertahankan sejarah bangsa mempunyai anjakan paradigma yang terbaharu!
  • E-BUKU
    Malaysia Military Power kali ini menampilkan naskah kedua yang menyoroti perjuangan anggota pasukan keselamatan kita di era Darurat, dan unjuran bentuk ancaman masa depan dalam konteks konflik yang hibrid yang akan dihadapi ATM. Selain itu, kami dedahkan serba sedikit mengenai aset berteknologi yang dimiliki oleh ATM, yang sebelum ini dicerca oleh politikus, namun kini terbukti menjadi satu bentuk ‘pelaburan’ yang bermanfaat untuk rakyat.
  • E-BUKU
    MMP merupakan nama yang tidak asing lagi di dalam dunia media social. Mereka aktif memberi penerangan, membidas dan memperbetulkan segala tanggapan dan tuduhan negatif terhadap pasukan tentera kita. Buku ini mengulas isu-isu yang dibangkitkan berkenaan Angkatan Tentera Malaysia dalam ranka fakta dan statistik, sambil mencadang serta memberi pandangan kritikal terhadap penambah-baikan Angkatan Tentera Malaysia.
  • E-BUKU