Setiap buku keluaran kami, anda akan berpeluang membelinya melalui pra-tempah. Namun, ramai yang masih tidak memahami bagaimana setiap pra-tempah itu berfungsi.

Penulis kami sedang gigih turunkan tandatangan untuk para pembeli pra-tempah.

Justeru, kami menaikkan hantaran ini untuk membantu mereka yang baru sahaja membeli buku keluaran kami.

1. Pra-tempah ialah tempahan yang dibuat ketika buku belum atau dalam proses produksi seperti sedang dicetak atau dalam editing terakhir sebelum dihantar ke kilang cetak.

2. Biasanya pra-tempah ditutup selepas dua atau tiga minggu, malah sehingga sebulan lamanya. Kemudian, seperti mana janji kami, pada setiap pra-tempah ditutup, buku akan dihantar dalam tempoh 3-14 hari waktu bekerja.

3. Proses pra-tempah ini agak biasa dalam pembelian di luar negara terutama berkaitan dengan permainan video. Setiap kali keluaran terbaru permainan video, maka syarikat pembuat video game akan bukak pra-tempah dalam beberapa bulan awal.

4. Apa bezanya pra-tempah dan tempahan biasa ni? Banyak keistimewaannya. Contohnya anda berpeluang memiliki buku-buku kami pada harga yang lebih murah, cenderamata dan tandatangan daripada penulis kami.

Ya, agak lambat buku nak sampai ke tangan anda, tetapi untuk dapatkan tandatangan khas, harga diskaun gila-gila dan cenderamata penulis, sebab itu ada antara pembeli sanggup menunggu lama!

5. Kalau selepas pra-tempah ditutup, dan dah melewati tarikh (3-14 hari waktu bekerja), tetapi buku kami masih belum sampai ke tangan anda, maka hubungilah kami di email kepada kami di sales@thepatriots.store. InsyaALLAH, kami akan cuba menyelesaikan masalah anda sebaik mungkin.

6. Selamat memborong buku-buku dan merchandise kami