Maklumat Proses Pengeposan Gunakan Poslaju

Tempoh masa kami proses tempahan dari mula anda buat pembelian di webstore kami hinggalah ke pejabat Poslaju biasanya mengambil masa 2-3 hari bekerja. Ini adalah tempoh masa pada musim tidak sibuk. Semenjak musim pandemik ini, adakala proses pengeposan mengambil masa 4-5 hari bekerja, atau lebih.

Penghantaran Cepat 24 jam

Perkhidmatan ‘Same Day Delivery’ ini pula adalah khusus untuk mereka yang ingin dapatkan buku yang dibeli dalam tempoh 24 jam (hari bekerja sahaja).

Kami sudah buat percubaan penghantaran bagi alamat dan lokasi sekitar 5-30km dari pejabat kami di Sri Rampai selama 3 minggu. Alhamdulillah, sambutan agak menggalakkan dan kami bercadang untuk mengekalkan perkhidmatan ini.

Sekiranya anda menetap di sekitar Lembah Klang dan inginkan penghantaran dibuat dalam tempoh 24 jam hari bekerja dari tarikh pembelian, mohon isikan borang INI.

Penerangan Kos Tambahan

Kami akan buat semakan kos dari pejabat kami di Sri Rampai ke alamat penghantaran. Kos tambahan (jika ada) akan diminta sekiranya caj Same Day Delivery adalah lebih dari caj Pengeposan yang dibayar di webstore kami sebelum ini. Kami menggunakan Lalamove atau Borzo untuk tujuan ini.

Contoh:

  • Bayaran Pos di Webstore adalah RM10
  • Kadar SDD adalah RM15
  • Hanya perlu tambah RM5 sahaja.

Hanya BORANG INI yang akan digunakan bagi tujuan Penghantaran Cepat 24 jam ini.

Pihak kami akan hubungi untuk berikan sebut harga caj tambahan (jika ada) dan aturkan masa penghantaran.