fbpx
Home/Store

Patriots Publication

  • ON SALE
    15 %
    Save RM14.00
    Ends in 1598889599

    Kombo Merdeka 2020

    RM94.00 RM80.00
    Dapatkan Kombo Merdeka 2020, hanya pada RM80 sahaja
    1. Pejuang Kemerdekaan Di Paris, Seo Young-Hae
    2. Malaya 1941
    3. Langkah Sheraton
    Termasuk Poslaju & Penanda Buku
  • Segalanya bermula di sebuah hotel di Petaling Jaya, hampir keseluruhan ahli-ahli parlimen berkumpul di sebuah majlis. Rakyat dan para penyokong mula berteori, apakah niat dan tujuan majlis ini? Apakah akan terbentuk sebuah kerajaan baharu di tengah-tengah wabak yang menggila ini?Segalanya mungkin berakhir atau bermula di SHERATON.
  • Pada tahun 1940, panglima-panglima perang Jepun harus bersepakat dengan kata putus. Mereka hanya mempunyai dua pilihan iaitu – Hokushin-ron (Jalan ke Utara) atau Nanshin-ron (Jalan ke Selatan). Hokushin-ron ialah doktrin perluasan kuasa Jepun yang menyasarkan kawasan sebelah utara Jepun, yakni Manchuria dan Siberia yang telah dinilai potensinya dari aspek politikal dan ekonomi kepada empayar Jepun.Sementara Nanshin-ron pula ialah doktrin perluasan ke selatan yang menyasarkan kawasan Asia Tenggara yang kaya dengan sumber asli yang sangat kritikal kepada empayar Jepun. Jepun tidak berasa bersalah untuk menjajah kerana menganggap mereka setaraf dengan kuasa-kuasa Barat yang telah pun memiliki empayar dan jajahan yang luas.
  • Seo Young-hae – seorang wartawan,diplomat, dan pejuang kemerdekaan. Beliau merupakan satu-satunya nama besar di Eropah yang menghubungi kerajaan bayangan di Paris dan berjuang selama 27 tahun untuk kemerdekaan negara Korea.Jika kehidupan seseorang di dunia ini ibarat sebuah drama, kehidupan Seo-Young hae boleh menjadi sebuah drama yang menarik dan menakjubkan. Dari era penjajahan empayar Jepun sehinggalah zaman selepas kemerdekaan, pengiktrafan kerajaan dalam sejarah dunia dan pembangunan mega negara Korea tergambar daripada kehidupannya.
  • ON SALE
    21 %
    Save RM6.00

    The Arrival

    RM28.00 RM22.00
    Dia muncul di saat dunia berada dalam keadaan kucar-kacir akibat wabak dan perang. Dia dianggap penyelamat kerana berjaya merawat berjuta-juta orang yang terkena jangkitan wabak.Dia begitu berpengaruh dan berjaya mengumpulkan berjuta pengikut mengoncangkan politik negara. Ini menggusarkan Tan Sri Jamalee yang telah berkuasa selama 18 tahun.Adakah kemunculannya satu rahmat atau malapetaka?Adakah dia Imam Mahadi yang disebut-sebut muncul pada akhir zaman?
  • Program ini menawarkan kepada anda pakej pembelian buku-buku kami yang telah diterbitkan dan buku-buku akan datang dalam tempoh setahun.
    Anda akan mendapat penjimatan sehingga 30% diskaun untuk semua judul buku kami. Di samping itu, anda juga akan menikmati kos penghantaran percuma.
  • ON SALE
    21 %
    Save RM6.00

    Lipur Lara Nusantara

    RM28.00 RM22.00
    Kisah Hang Tuah, Mahsuri, Puteri Gunung Ledang dan Sang Kancil merupakan sebahagian kecil sahaja daripada pelbagai lagi cerita rakyat di Nusantara. Namun untuk pengetahuan anda semua, masih terdapat pelbagai lagi cerita rakyat, hikayat, legenda yang tidak banyak diketahui oleh masyarakat. Misalnya, kisah empat ratu Pattani mentadbir negara dengan penuh berwibawa dan berjuang mempertahankan tanah air daripada ancaman musuh serta bagaimana Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang bertarung hebat sehingga kawasan pertarungan menjadi padang jarak padang tekukur.
  • ON SALE
    20 %
    Save RM5.00
    Liverpool adalah kelab bola sepak Inggeris yang paling berjaya dalam UCL— menjadi satu-satunya kelab England yang memakai lencana Ichas selepas kejayaan meraih gelaran juara Eropah kali kelima di Istanbul.Dalam penulisan buku ini, saya ingin mengajak anda menyingkap kembali perjalanan Liverpool dalam usaha menjadi juara Eropah sebanyak enam kali. la satu perjalanan yang sangat panjang. Ini bukan kerana Jurgen Kiopp berseorangan, ataupun para pemainnya, ini adalah kerana kesatuan semua yang bergelar THE REDS. Termasuk para penyokong yang tidak jemu-jemu menyokong pasukan bergelar Liverpool.
  • SINOPSIS BUKU FIKSYEN PERTAMA TERBITAN THE PATRIOTS:Alam raya ini bakal menyaksikan perubahan keramat menjelang era pengakhiran akhir zaman. Maka satu per satu khalifah di Nusantara pun mula dibangkitkan. Bukan di alam nyata sahaja, malah di dunia sebelah sana juga.Ini ialah kisah kelahiran seorang puteri yang suatu hari nanti bakal mengubah status hierarki beraja di seluruh alam. Lahirnya di sebuah pulau dari Pantai Timur Malaysia.Ini juga kisah seorang putera yang sangat sayangkan maruah umat manusia sehingga sanggup menghancurkan segala-gala dengan bara apinya.Dua manusia berdarah istimewa ini akan melaga keazaman mereka, kepercayaan mereka, tekad dan raksa kersani mereka demi satu matlamat agung untuk membebaskan tanah kelahiran mereka dari terus jahil di dalam permainan syaitan. Kesudahannya akan membuka mata semua makhluk bernyawa. Mereka ialah bukti hidup yang segala-galanya ada di sekeliling kita!
  • SINOPSIS BUKU FIKSYEN PERTAMA TERBITAN THE PATRIOTS:Surat berantai yang disebarkan melalui Whatsapp itu kalau disebarkan kepada 77 orang dalam masa sehari, maka kisah-kisah dongeng, fantasi, dan berhantu itu akan menjadi realiti. Dalang disebalik permainan tersebut hanya menggelar dirinya sebagai Si Luncai.Setiap waktu, ada sahaja benda yang tidak wujud yang disebarkannya, yang kemudian tersebar ke orang lain menjadi realiti. Tiada siapa yang tahu identiti sebenar Si Luncai, tidak juga yang tahu apa motif dan bagaimana dia melakukannya.Mayat yang sudah mati bangkit dari kubur, hantu laut yang mampu menunaikan permintaan berkaitan apa sahaja, kem perang menakutkan sehinggalah ke muzium kapal Titanic terbesar di dunia yang memakan nyawa.Semuanya angkara Si Luncai. Salah seorang mangsa ialah Shahmil dan sahabat-sahabatnya secara tidak sengaja terheret dalam permainan Si Luncai. Situasi memaksa mereka mencari Si Luncai, menghentikan segala tindak-tanduknya atau nanti Dirgahayu yang benar-benar terkesan dengan permainan surat rantai Si Luncai itu hancur!  
  • Tamadun yang pada asalnya bermula dari tempat tidak punya apa, lalu berjaya bangkit menggegar dua kuasa dunia pada bahagian kiri dan kanannya sehingga kedua-dua empayar gergasi itu jatuh rebah dalam puing kehancuran. Siri peperangan yang tertulis di hujung tinta sentiasa menceritakan tentang perwira dan para syuhadanya yang gugur menggempur ketumbukan Parsi yang angkuh dan Rom yang mendada.Dengan tambahan bab Ekslusif di edisi baru ini 
  • Wahai Melayu, ini ialah sebuah riwayat yang mensyairkan keagungan yang tidak terganti walaupun seribu zaman. Dari Kedah Tua dan besi-besinya yang menjadi lagu perang, Srivijaya yang menakluk seluruh kepulauan menjadi satu bangsa dan Melaka yang kayanya tidak terbayang dek akal manusia. Hal ini ialah kitab yang merakamkan sebuah keagungan yang menyembah kaki Melayu.