fbpx
Home/Books
Beli di Shopee Kami sedang mengemaskini sistem tracking. Berhabuk. Pembelian boleh dilakukan di Shopee kami. - AH
  • ON SALE
    15 %
    Save RM14.00
    Ends in 1598889599

    Kombo Merdeka 2020

    RM94.00 RM80.00
    Dapatkan Kombo Merdeka 2020, hanya pada RM80 sahaja
    1. Pejuang Kemerdekaan Di Paris, Seo Young-Hae
    2. Malaya 1941
    3. Langkah Sheraton
    Termasuk Poslaju & Penanda Buku
  • Segalanya bermula di sebuah hotel di Petaling Jaya, hampir keseluruhan ahli-ahli parlimen berkumpul di sebuah majlis. Rakyat dan para penyokong mula berteori, apakah niat dan tujuan majlis ini? Apakah akan terbentuk sebuah kerajaan baharu di tengah-tengah wabak yang menggila ini?Segalanya mungkin berakhir atau bermula di SHERATON.
  • Pada tahun 1940, panglima-panglima perang Jepun harus bersepakat dengan kata putus. Mereka hanya mempunyai dua pilihan iaitu – Hokushin-ron (Jalan ke Utara) atau Nanshin-ron (Jalan ke Selatan). Hokushin-ron ialah doktrin perluasan kuasa Jepun yang menyasarkan kawasan sebelah utara Jepun, yakni Manchuria dan Siberia yang telah dinilai potensinya dari aspek politikal dan ekonomi kepada empayar Jepun.Sementara Nanshin-ron pula ialah doktrin perluasan ke selatan yang menyasarkan kawasan Asia Tenggara yang kaya dengan sumber asli yang sangat kritikal kepada empayar Jepun. Jepun tidak berasa bersalah untuk menjajah kerana menganggap mereka setaraf dengan kuasa-kuasa Barat yang telah pun memiliki empayar dan jajahan yang luas.
  • Seo Young-hae – seorang wartawan,diplomat, dan pejuang kemerdekaan. Beliau merupakan satu-satunya nama besar di Eropah yang menghubungi kerajaan bayangan di Paris dan berjuang selama 27 tahun untuk kemerdekaan negara Korea.Jika kehidupan seseorang di dunia ini ibarat sebuah drama, kehidupan Seo-Young hae boleh menjadi sebuah drama yang menarik dan menakjubkan. Dari era penjajahan empayar Jepun sehinggalah zaman selepas kemerdekaan, pengiktrafan kerajaan dalam sejarah dunia dan pembangunan mega negara Korea tergambar daripada kehidupannya.
  • ON SALE
    21 %
    Save RM6.00

    Lipur Lara Nusantara

    RM28.00 RM22.00
    Kisah Hang Tuah, Mahsuri, Puteri Gunung Ledang dan Sang Kancil merupakan sebahagian kecil sahaja daripada pelbagai lagi cerita rakyat di Nusantara. Namun untuk pengetahuan anda semua, masih terdapat pelbagai lagi cerita rakyat, hikayat, legenda yang tidak banyak diketahui oleh masyarakat. Misalnya, kisah empat ratu Pattani mentadbir negara dengan penuh berwibawa dan berjuang mempertahankan tanah air daripada ancaman musuh serta bagaimana Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang bertarung hebat sehingga kawasan pertarungan menjadi padang jarak padang tekukur.
  • ON SALE
    20 %
    Save RM5.00
    Liverpool adalah kelab bola sepak Inggeris yang paling berjaya dalam UCL— menjadi satu-satunya kelab England yang memakai lencana Ichas selepas kejayaan meraih gelaran juara Eropah kali kelima di Istanbul.Dalam penulisan buku ini, saya ingin mengajak anda menyingkap kembali perjalanan Liverpool dalam usaha menjadi juara Eropah sebanyak enam kali. la satu perjalanan yang sangat panjang. Ini bukan kerana Jurgen Kiopp berseorangan, ataupun para pemainnya, ini adalah kerana kesatuan semua yang bergelar THE REDS. Termasuk para penyokong yang tidak jemu-jemu menyokong pasukan bergelar Liverpool.
  • Dunia Tanpa Tembok I, Dunia Tanpa Tembok II dan Dunia Tanpa Tembok III ialah pakej buku geopolitik nombor satu Malaysia. Khas untuk peminat-peminat Ayman Rashdan Wong.
  • ON SALE
    21 %
    Save RM6.00
    Bersedialah sentiasa dengan kulit dan daging yang baharu; yang beruratkan dawai, berdarahkan raksa.
    Memang ada orang yang mengamalkan ilmu kebal. Panglima-panglima Melayu pada masa dahulu diceritakan memang ada ilmu kebal. Tetapi apa yang askar musuh buat untuk mengatasi masalah itu? Mereka tangkap orang-orang yang ada ilmu kebal ini dengan pukat, kemudian rendam mereka ke dalam perigi beracun atau kurung sehingga mati kebuluran. Ada yang ilmu kebalnya tawar dengan emas, musuh buat peluru emas, tembak dia.
  • ON SALE
    11 %
    Save RM3.00

    Dunia Tanpa Tembok 3

    RM28.00 RM25.00
    "Musuh kepada musuh adalah kawan""Tiada musuh atau kawan yang kekal""Geografi adalah takdir"Berpandukan tiga kunci ilmu geopolitik - KUASA, GEOGRAFI dan IDENTITI - buku ini akan membimbing pembaca memahami asbab musabab di sebalik konflik dan kerjasama antara negara.
  • ON SALE
    21 %
    Save RM6.00

    Game of Thrones kerajaan-kerajaan Melayu

    Perang Tamadun Melayu membawa anda mengembara ke sejarah raja-raja Melayu bermain politik, sehingga kepada peperangan yang mengasyikkan antara kerajaan-kerajaan yang pernah bertapak di alam Melayu. Malangnya, kronikel ini tidak didendangkan sehebat kisah raja-raja Eropah, maharaja-maharaja China dan juga para Syogun Jepun sehingga ia terus tenggelam dalam sejarah.
  • ON SALE
    20 %
    Save RM5.00
    "Terdapat hampir 20,000 manuskrip Melayu bertebaran di seluruh dunia terutama di Eropah tetapi hanya 5% sahaja yang dikaji" - Prof Uli Kozok, Universiti Hawaii
    Generasi sekarang atau dahulu tidak terdedah dan mengetahui tentang kekayaan ilmu orang Melayu dahulu kala yang terakam dalam manuskrip Melayu. Kali ini Patriots Publishing akan bawakan kisahnya.