fbpx
Home/Books
  • ON SALE
    21 %
    Save RM6.00

    Lipur Lara Nusantara

    RM28.00 RM22.00

    BACAAN PENTING. PRA-TEMPAH TAMAT PADA 16 JUN. SEMUA PEMBELIAN MENGANDUNGI BUKU INI AKAN DIPOSKAN MULAI 17 JUN 2020

    Kisah Hang Tuah, Mahsuri, Puteri Gunung Ledang dan Sang Kancil merupakan sebahagian kecil sahaja daripada pelbagai lagi cerita rakyat di Nusantara. Namun untuk pengetahuan anda semua, masih terdapat pelbagai lagi cerita rakyat, hikayat, legenda yang tidak banyak diketahui oleh masyarakat. Misalnya, kisah empat ratu Pattani mentadbir negara dengan penuh berwibawa dan berjuang mempertahankan tanah air daripada ancaman musuh serta bagaimana Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang bertarung hebat sehingga kawasan pertarungan menjadi padang jarak padang tekukur.
  • ON SALE
    20 %
    Save RM5.00
    Liverpool adalah kelab bola sepak Inggeris yang paling berjaya dalam UCL— menjadi satu-satunya kelab England yang memakai lencana Ichas selepas kejayaan meraih gelaran juara Eropah kali kelima di Istanbul.Dalam penulisan buku ini, saya ingin mengajak anda menyingkap kembali perjalanan Liverpool dalam usaha menjadi juara Eropah sebanyak enam kali. la satu perjalanan yang sangat panjang. Ini bukan kerana Jurgen Kiopp berseorangan, ataupun para pemainnya, ini adalah kerana kesatuan semua yang bergelar THE REDS. Termasuk para penyokong yang tidak jemu-jemu menyokong pasukan bergelar Liverpool.
  • Dunia Tanpa Tembok I, Dunia Tanpa Tembok II dan Dunia Tanpa Tembok III ialah pakej buku geopolitik nombor satu Malaysia. Khas untuk peminat-peminat Ayman Rashdan Wong.
  • ON SALE
    21 %
    Save RM6.00
    Bersedialah sentiasa dengan kulit dan daging yang baharu; yang beruratkan dawai, berdarahkan raksa.
    Memang ada orang yang mengamalkan ilmu kebal. Panglima-panglima Melayu pada masa dahulu diceritakan memang ada ilmu kebal. Tetapi apa yang askar musuh buat untuk mengatasi masalah itu? Mereka tangkap orang-orang yang ada ilmu kebal ini dengan pukat, kemudian rendam mereka ke dalam perigi beracun atau kurung sehingga mati kebuluran. Ada yang ilmu kebalnya tawar dengan emas, musuh buat peluru emas, tembak dia.
  • ON SALE
    21 %
    Save RM6.00

    Dunia Tanpa Tembok 3

    RM28.00 RM22.00
    "Musuh kepada musuh adalah kawan""Tiada musuh atau kawan yang kekal""Geografi adalah takdir"Berpandukan tiga kunci ilmu geopolitik - KUASA, GEOGRAFI dan IDENTITI - buku ini akan membimbing pembaca memahami asbab musabab di sebalik konflik dan kerjasama antara negara.
  • ON SALE
    21 %
    Save RM6.00

    Game of Thrones kerajaan-kerajaan Melayu

    Perang Tamadun Melayu membawa anda mengembara ke sejarah raja-raja Melayu bermain politik, sehingga kepada peperangan yang mengasyikkan antara kerajaan-kerajaan yang pernah bertapak di alam Melayu. Malangnya, kronikel ini tidak didendangkan sehebat kisah raja-raja Eropah, maharaja-maharaja China dan juga para Syogun Jepun sehingga ia terus tenggelam dalam sejarah.
  • ON SALE
    20 %
    Save RM5.00
    "Terdapat hampir 20,000 manuskrip Melayu bertebaran di seluruh dunia terutama di Eropah tetapi hanya 5% sahaja yang dikaji" - Prof Uli Kozok, Universiti Hawaii
    Generasi sekarang atau dahulu tidak terdedah dan mengetahui tentang kekayaan ilmu orang Melayu dahulu kala yang terakam dalam manuskrip Melayu. Kali ini Patriots Publishing akan bawakan kisahnya.
  • ON SALE
    21 %
    Save RM6.00

    Mencabar Teori Chola

    RM28.00 RM22.00
    Tamadun Melayu sedang diclaim. Kerajaan-kerajaan Melayu Purba beragama Hindu dan Buddha dahulu begitu rakus dipanggil sebagai tamadun Tamil hanya kerana pernah beragama Hindu-Buddha. Seorang pendekar harus lahir demi mempertahankan sejarah yang sebenar. Sebuah hujah harus disusun dengan kemas, kelak ketika berhadapan dengan golongan ini, sejarah Melayu yang sebenarnya dapat ditegakkan.Lahirlah buku Mencabar Teori Chola yang ditulis demi membersihkan sejarah Melayu daripada kultus Chola berjaya dihasilkan. Semoga dengan terbitnya buku ini, perjuangan mempertahankan sejarah bangsa mempunyai anjakan paradigma yang terbaharu!
  • ON SALE
    21 %
    Save RM6.00
    Buku ini membawa pembaca menyelusuri detik-detik dari pada terbinanya kapal hinggalah ke 100 tahun sambutan kapal ini. Buku ini bukan membawa pembaca hanya sekadar membaca, tetapi menjadi seolah-olah sebagai saksi kepada salah sebuah tragedi agung itu. Hayatilah dengan air mata.
    Titanic adalah cinta yang terkubur dalam lautan gelora.
  • ON SALE
    21 %
    Save RM8.00
    Perang itu sebuah seni. Ya, seni yang sangat memukau. Ia memerlukan kelicikan,strategi dan taktikal yang kena pada tempat dan waktunya. Jika kita membuka helaian sejarah, maka kita akan dapati terlalu banyak himpunan kisah seni-seni yang memukau manusia.Kita akan kagum dengan jeneral-jeneral perang yang pernah wujud dalam sejarah. Kepintaran mereka menghasilkan sebuah seni peperangan tetap kekal menjadi kisah-kisah yang didendangkan kepada duni.
    Sesungguhnya anda semua akan dipersembahkan dengan sebuah seni terindah yang pernah manusia hasilkan, PERTEMPURAN & PEPERANGAN
  • ON SALE
    21 %
    Save RM8.00
    Alphonse de Lamartine, seorang penulis dari Perancis pernah menulis dalam karya beliau Histoire de la Turquie;
    "Sekiranya keagungan sesuatu tujuan, keremehan tindakan, dan hasil yang hebat itu merupakan 3 ukuran kegeniusan manusia, siapa yang berani untuk membandingkan manusia hebat di era moden ini dengan Muhammad?"
    (Histoire de la Turquie, Paris, 1855, vol. 1 halaman 154)
  • ON SALE
    21 %
    Save RM6.00
    Malaysia Military Power kali ini menampilkan naskah kedua yang menyoroti perjuangan anggota pasukan keselamatan kita di era Darurat, dan unjuran bentuk ancaman masa depan dalam konteks konflik yang hibrid yang akan dihadapi ATM. Selain itu, kami dedahkan serba sedikit mengenai aset berteknologi yang dimiliki oleh ATM, yang sebelum ini dicerca oleh politikus, namun kini terbukti menjadi satu bentuk ‘pelaburan’ yang bermanfaat untuk rakyat.
  • ON SALE
    21 %
    Save RM6.00
    DASAR PANDANG KE JEPUN disiapkan untuk orang awam di luar sana bersama-sama kami untuk memahami, membedah dan menganalisis dua sisi, sama ada baik atau buruk mengenai sebuah negara yang bernama Jepun ini. Dan akhir sekali, kami membiarkan anda membuat kesimpulan untuk memilih sisi baik yang anda rasa sesuai untuk diterapkan dalam diri anda, atau skala lebih besar, masyarakat dan negara.
  • ON SALE
    21 %
    Save RM6.00
    The Human's Complex. Buku ini akan membawa kita menyelami logik di sebalik minda dan kelakuan manusia melalui eksperimen-eksperimen yang telah dijalankan oleh saintis dan pakar psikologi. Semoga kandungan buku ini dapat membuka minda kita semua, menjadi asbab untuk kita bermuhasabah diri untuk menjadi manusia yang lebih baik pada masa akan datang.
  • ON SALE
    14 %
    Save RM5.00
    Out of stock

    Kita pertahankan sejarah sendiri bukanlah kerana mana-mana parti. Kita pertahankan sejarah sendiri bukan sebab ketuanan apa-apa.Kita pertahankan sejarah sendiri sebab tiada siapa di dalam dunia ini boleh sesuka hati menipu sejarah dan nasab bangsa kita
  • ON SALE
    21 %
    Save RM8.00

    Kitab Tamadun Islam

    RM38.00 RM30.00
    Tamadun yang pada asalnya bermula dari tempat tidak punya apa, lalu berjaya bangkit menggegar dua kuasa dunia pada bahagian kiri dan kanannya sehingga kedua-dua empayar gergasi itu jatuh rebah dalam puing kehancuran. Siri peperangan yang tertulis di hujung tinta sentiasa menceritakan tentang perwira dan para syuhadanya yang gugur menggempur ketumbukan Parsi yang angkuh dan Rom yang mendada.Dengan tambahan bab Ekslusif di edisi baru ini 
  • ON SALE
    21 %
    Save RM8.00

    Kitab Tamadun Melayu

    RM38.00 RM30.00
    Wahai Melayu, ini ialah sebuah riwayat yang mensyairkan keagungan yang tidak terganti walaupun seribu zaman. Dari Kedah Tua dan besi-besinya yang menjadi lagu perang, Srivijaya yang menakluk seluruh kepulauan menjadi satu bangsa dan Melaka yang kayanya tidak terbayang dek akal manusia. Hal ini ialah kitab yang merakamkan sebuah keagungan yang menyembah kaki Melayu.
  • ON SALE
    21 %
    Save RM6.00

    Tokoh Agung Melayu

    RM28.00 RM22.00
    Sinopsis: Tokoh Agung Melayu"Umat yang sedang bangkit memerlukan perasaan bangga dengan kaumnya sebagai satu bangsa yang agung, istimewa dan bersejarah sehingga terbentuk dalam diri generasi muda. Lantas mereka berjuang demi keagungan dan kemuliaan itu dengan darah dan roh mereka. Mereka bekerja demi kebaikan tanah air, kemuliaan dan kebahagiaannya'. - Hassan Al BannaMenghina, menjatuhkan Melayu adalah pengkhianatan kepada orang Melayu sebab ia berupaya untuk membunuh terus keupayaan bangsa itu, lantas membawa kepada kepupusannya seperti bangsa-bangsa agung yang lain dalam sejarah.
  • ON SALE
    21 %
    Save RM6.00
    Sinopsis: Operasi Badar : Mencalar Keangkuhan YahudiApabila Mesir dan negara Arab tewas kepada Israel dalam perang Enam Hari 1967, mitos tercipta bahawa Israel tidak akan tewas di tangan Arab. Presiden Anwar Sadat yang menggantikan Gamal Abdel Nasser tercari cari formula untuk memulihkan kembali air muka Arab. Beliau sedar apa yang diperlukan bukan formula ajaib tetapi muslihat untuk mengalahkan Israel dan merampas kembali tanah Sinai.
  • ON SALE
    21 %
    Save RM6.00

    Jangan Selewengkan Ekonomi Malaysia

    RM28.00 RM22.00

    Buku ini sedang dalam proses cetakan semula di kilang cetak. Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan 18- 31 Mac 2020, dijangka akan ada kelewatan dari kilang cetak yang ditutup selaras dengan Perintah tersebut.

    Kesemua pesanan yang mengandungi buku ini akan diposkan SELEPAS ianya siap dicetak dan Perintah Kawalan Pergerakan ditamatkan.

    Sinopsis: Jangan Selewengkan Ekonomi MalaysiaPasca Malaysia Baharu menyaksikan isu semasa berkaitan dengan ekonomi negara begitu pesat disebarkan di media sosial atau media utama. Pihak pembangkang dan kerajaan begitu berlumba lumba mencambahkan propanganda versi mereka untuk tatapan marhaen.
  • ON SALE
    20 %
    Save RM5.00
    582 Sebelum Masihi. Ini bukan calang-calang tarikh. Berdirinya Tamadun Batu adalah lebih awal daripada China disatukan di bawah Qin Shi Huangdi. Lebih awal daripada kelahiran Alexander The Great menakluk dan membina empayar. Lebih awal daripada Lebih awal daripada Julius Caesar membina empayar Rom. Lebih awal daripada Asoka menyatukan seluruh India. Lebih awal daripada kelahiran Nabi Isa A,S dan Nabi Muhammad S.A.W. Lebih awal ribuan tahun daripada tarikh wujudnya Kesultanan Melayu Melaka dan Empayar Melayu Srivijaya.
  • ON SALE
    21 %
    Save RM6.00
    "Tekad yang diwarisi, impian seseorang manusia dan peredaran waktu; Selagi manusia terus mencari erti kebebasan sejati, tiga perkara itu tidak akan sekali-kali dapat dihalang." - Gol D. Roger Si Raja LanunDari lanun budiman hinggalah lanun psikopat. Dari semangat mengejar harta-karun hinggalah mempunyai impian untuk menubuhkan republik lanun. Calit-calit sejarah yang dititipkan oleh mereka; para lanun sejak sebelum era Julius Caesar hingga abad ke-21 ini mencetuskan sejuta inspirasi kepada ribuan karya, termasuklah One Piece.
  • ON SALE
    21 %
    Save RM6.00

    Alegori Naruto – Falsafah Di Sebalik Manga

    RM28.00 RM22.00
    Kishimoto mempunyai mesej yang ringkas ditanamkan berkenaan karya Naruto. Mungkin beliau tidak berniat untuk meletakkan falsafah ataupun konsep yang tinggi dalam karyanya. Tetapi Kishimoto jelas menyatakan:“Dalam dunia sebenar, sukar untuk manusia memahami antara satu sama lain disebabkan budaya dan dibesarkan dengan cara berbeza. Apabila kita mula meningkat dewasa, kita akan mula melihat, kadangkala ada perkara yang tak kena berlaku dalam hidup kita.
  • Mistik Alam Melayu

    RM25.00
    Ilmu mistik orang Melayu banyak terakam dalam kitab-kitab kuno orang Melayu itu sendiri. Kepercayaan terhadap mambang, hantu, ritual mistik, perubatan kuno menggunakan serapah, persenjataan, sihir, perkara ghaib, penujuman dan peramalan menjadi khazanah di perpustakaan istana atau pembesar pada zaman itu sebelum diselongkar
  • ON SALE
    21 %
    Save RM6.00

    Dunia Tanpa Tembok II

    RM28.00 RM22.00

    Buku ini sedang dalam proses cetakan semula di kilang cetak. Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan 18- 31 Mac 2020, dijangka akan ada kelewatan dari kilang cetak yang ditutup selaras dengan Perintah tersebut.

    Kesemua pesanan yang mengandungi buku ini akan diposkan SELEPAS ianya siap dicetak dan Perintah Kawalan Pergerakan ditamatkan.

    Dunia sedang mengalami perubahan besar yang dikenali sebagai keruntuhan orde antarabangsa liberal. Kewibawaan sistem antarabangsa yang dibina oleh Amerika Syarikat sejak tahun 1945 berdasarkan demokrasi liberal, ekonomi pasaran dan hak asasi manusia kini menerima cabaran hebat daripada kebangkitan pemimpin-pemimpin “strongman”, dasar perlindungan ekonomi dan semangat populisme-nasionalisme.
  • ON SALE
    21 %
    Save RM6.00

    Perang Salib Pertama – Kelahiran Templar

    RM28.00 RM22.00
    Bagaimana mungkin seorang paderi dalam buangan mampu menggerakkan sebuah angin perubahan sehingga menjadi perwira agama?
  • ON SALE
    21 %
    Save RM6.00

    Dunia Tanpa Tembok

    RM28.00 RM22.00

    Buku ini sedang dalam proses cetakan semula di kilang cetak. Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan 18- 31 Mac 2020, dijangka akan ada kelewatan dari kilang cetak yang ditutup selaras dengan Perintah tersebut.

    Kesemua pesanan yang mengandungi buku ini akan diposkan SELEPAS ianya siap dicetak dan Perintah Kawalan Pergerakan ditamatkan.

    Buku ini merupakan himpunan analisis keadaan geopolitik serantau dan dunia, memberi pencerahan serta sudut pandang rasional lagi objektif. Diplomasi, perhubungan serta perdagangan antara negara, cold war dan peperangan antara negara bukanlah sesuatu yang boleh diukur dengan emosi, persepsi serta sentiment semata-mata. Dunia Tanpa Tembok membawa anda merungkai kesemua aspek ini di dalam gaya bahasa yang amat mudah difahami dan dihadam.
  • ON SALE
    21 %
    Save RM6.00

    Jangan Selewengkan Sejarah Melayu

    RM28.00 RM22.00
    Buku ini menjawab tohmahan serta tuduhan negatif yang telah dilemparkan terhadap sejarah Melayu. Semoga usaha ini dapat menegakkan fakta serta menangkis penyelewengan yang dilakukan. Hanya dengan pengetahuan sejarah yang benar dapat membentuk jati diri dan keyakinan anak bangsa.
  • ON SALE
    21 %
    Save RM6.00
    "The aim of science is to make difficult things understandable in a simply way. The aim of poetry is to state simple things in an incomprehensible way. The two are incompatible." - Paul Dirac