Home/Books
  • Teknologi Kesultanan Melaka

    RM49.00
    Setiap metropolis atau bandar pelabuhan memerlukan teknologi tinggi untuk menampung aktiviti penduduk serta pedagang. Dari teknologi pengairan dan saliran, kewangan dan urusniaga, ketenteraan dan perlindungan, jalan raya dan pergudangan, pelabuhan dan pembaikan kapal. Semua ini akan dikupas di dalam buku ini dari perspektif Kerajaan Melaka. Buku ini akan merungkai dan menjelaskan bagaiman Melaka dapat beroperasi sebagai salah sebuah pelabuhan entreport tersibuk di dunia.
  • Jangan Selewengkan Sejarah Melayu

    RM28.00
    Buku ini menjawab tohmahan serta tuduhan negatif yang telah dilemparkan terhadap sejarah Melayu. Semoga usaha ini dapat menegakkan fakta serta menangkis penyelewengan yang dilakukan. Hanya dengan pengetahuan sejarah yang benar dapat membentuk jati diri dan keyakinan anak bangsa.
  • Bagaimana mungkin seorang paderi dalam buangan mampu menggerakkan sebuah angin perubahan sehingga menjadi perwira agama?
  • Dunia Tanpa Tembok II

    RM28.00
    Dunia sedang mengalami perubahan besar yang dikenali sebagai keruntuhan orde antarabangsa liberal. Kewibawaan sistem antarabangsa yang dibina oleh Amerika Syarikat sejak tahun 1945 berdasarkan demokrasi liberal, ekonomi pasaran dan hak asasi manusia kini menerima cabaran hebat daripada kebangkitan pemimpin-pemimpin “strongman”, dasar perlindungan ekonomi dan semangat populisme-nasionalisme.
  • Mistik Alam Melayu

    RM25.00
    Ilmu mistik orang Melayu banyak terakam dalam kitab-kitab kuno orang Melayu itu sendiri. Kepercayaan terhadap mambang, hantu, ritual mistik, perubatan kuno menggunakan serapah, persenjataan, sihir, perkara ghaib, penujuman dan peramalan menjadi khazanah di perpustakaan istana atau pembesar pada zaman itu sebelum diselongkar
  • Kishimoto mempunyai mesej yang ringkas ditanamkan berkenaan karya Naruto. Mungkin beliau tidak berniat untuk meletakkan falsafah ataupun konsep yang tinggi dalam karyanya. Tetapi Kishimoto jelas menyatakan: “Dalam dunia sebenar, sukar untuk manusia memahami antara satu sama lain disebabkan budaya dan dibesarkan dengan cara berbeza. Apabila kita mula meningkat dewasa, kita akan mula melihat, kadangkala ada perkara yang tak kena berlaku dalam hidup kita.
  • Jangan Selewengkan Ekonomi Malaysia

    RM28.00
    Sinopsis: Jangan Selewengkan Ekonomi Malaysia Pasca Malaysia Baharu menyaksikan isu semasa berkaitan dengan ekonomi negara begitu pesat disebarkan di media sosial atau media utama. Pihak pembangkang dan kerajaan begitu berlumba lumba mencambahkan propanganda versi mereka untuk tatapan marhaen.
  • Kesultanan Melayu Melaka seringkali menjadi bahan polemik apabila sejarahnya dibangkitkan dan dinukilkan. TAS akan membawa pembaca menelusuri himpunan petikan-petikan berkenaan kerajaan agung bangsa Melayu ini merentas catatan dan manuskrip dari dalam dan luar negara. Ikuti garapan sosio-budaya dan sosio-ekonomi Kesultanan Melayu Melaka di dalam buku yang pasti dapat menjawab segala persoalan anda mengenai ketamadunan ini.
  • Buku ini merupakan himpunan analisis keadaan geopolitik serantau dan dunia, memberi pencerahan serta sudut pandang rasional lagi objektif. Diplomasi, perhubungan serta perdagangan antara negara, cold war dan peperangan antara negara bukanlah sesuatu yang boleh diukur dengan emosi, persepsi serta sentiment semata-mata. Dunia Tanpa Tembok membawa anda merungkai kesemua aspek ini di dalam gaya bahasa yang amat mudah difahami dan dihadam.
  • MMP merupakan nama yang tidak asing lagi di dalam dunia media social. Mereka aktif memberi penerangan, membidas dan memperbetulkan segala tanggapan dan tuduhan negatif terhadap pasukan tentera kita. Buku ini mengulas isu-isu yang dibangkitkan berkenaan Angkatan Tentera Malaysia dalam ranka fakta dan statistik, sambil mencadang serta memberi pandangan kritikal terhadap penambah-baikan Angkatan Tentera Malaysia.
  • Himpunan kisah-kisah veteran negara ketika operasi. Buku ini mengambil sudut snake’s eye view di dalam menangkap emosi, jerih-perih dan getir siap anggota keselamatan negara dalam menjalankan operasi. ASP berkongsi pengalaman mereka yang pernah berada di lapangan, serta nama-nama perwira-perwira negara yang telah berkorban nyawa di dalam memastikan keselamatan tanah air kita.
  • Lights. Camera. Action!! Filem. Ia merupakan wadah di dalam menyampaikan makna, menentukan agenda, menyebar propaganda, menabur benci, membakar semangat, membaja kasih, membenam rasa cinta.
  • BUKU INI AKAN SEDIA UNTUK PENGHANTARAN SELEPAS 15 JULAI

    Rentaka Sekalian Bijasura adalah senjata yang ditempa Srikandi untuk semua. Walau hitam atau putihnya sejarah itu, ia mesti mendidik kita menjadi berani dan kuat. Sejarah bukan lagi untuk berpenglipur lara mengalir air mata, tetapi sebagai azimat perjuangan membantai kelesuan hidup, mengalir sebagai adiwira.
  • BUKU INI AKAN SEDIA UNTUK PENGHANTARAN SELEPAS 15 JULAI

    Belajar sejarah untuk melawan perasaan rendah diri. Untuk benar-benar mengaku merdeka, kita mesti benar-benar mencorakkan masa depan sendiri menurut kemahuan sendiri.