fbpx
Home/Books/Beruratkan Dawai, Berdarahkan Raksa

Beruratkan Dawai, Berdarahkan Raksa

RM28.00 RM25.20

In stock

Bersedialah sentiasa dengan kulit dan daging yang baharu; yang beruratkan dawai, berdarahkan raksa.

Memang ada orang yang mengamalkan ilmu kebal. Panglima-panglima Melayu pada masa dahulu diceritakan memang ada ilmu kebal. Tetapi apa yang askar musuh buat untuk mengatasi masalah itu? Mereka tangkap orang-orang yang ada ilmu kebal ini dengan pukat, kemudian rendam mereka ke dalam perigi beracun atau kurung sehingga mati kebuluran. Ada yang ilmu kebalnya tawar dengan emas, musuh buat peluru emas, tembak dia.

In stock

SKU: PP-IH-000033-RAK Category: Tag:

Description

Penulis: Cik Srikandi

Genre: Sejarah

ISBN: 978-967-17344-9-0

Mukasurat: 416

Mengenai buku:

Ilmu kebal

Memang ada orang yang mengamalkan ilmu kebal. Panglima-panglima Melayu pada masa dahulu diceritakan memang ada ilmu kebal. Tetapi apa yang askar musuh buat untuk mengatasi masalah itu? Mereka tangkap orang-orang yang ada ilmu kebal ini dengan pukat, kemudian rendam mereka ke dalam perigi beracun atau kurung sehingga mati kebuluran. Ada yang ilmu kebalnya tawar dengan emas, musuh buat peluru emas, tembak dia.

Musuh akan memerah otak untuk kalahkan kamu. Pasti akan cari jalan untuk mengatasi kamu. Musuh kamu akan buat hubungan dengan musuh kamu yang lain, mereka boleh berpakat untuk jatuhkan kamu dan ini memang realiti dalam sejarah, lagi dan lagi.

Jadi, semua kekuatan, teknologi dan ilmu kebal itu tidak berguna jika kamu tidak menggunakan akal dan berpakat seperti musuh kamu menggunakan sepenuh akal mereka dan saling bantu-membantu.
Untuk mencapai kuasa dan perkasa melawan ilmu-ilmu ghaib penjajah sebegini, maka wajib belajar bagaimana membatalkan segala sihir mereka itu.

Bersedialah sentiasa dengan kulit dan daging yang baharu; yang beruratkan dawai, berdarahkan raksa.

ISI KANDUNGAN

Dedikasi dan Penghargaan
Pembuka Bicara
Kata alu-aluan oleh Mohd Zulfadli Maarof
Kata alu-aluan oleh Tan Chee Keong
Kata alu-aluan oleh Dr. Imam Qalyubi
Kata alu-aluan oleh Lt. Kol. Muhammad Zuraiman bin Haji Abdul Ghani
Kata alu-aluan oleh Nabil Nadri

Prakata oleh Mohd Salleh Mazukhi
Prakata oleh Ninotaziz
Prakata oleh Jamalee Bashah

Bagaimana Menggunakan Buku Ini

BAB I: ILMU GHAIB PENJAJAH

Puisi: Hingga Kerdil Putih
Ilmu Pukau Penjajah
Taktik I: Propaganda Melayu Malas
Taktik II: Menyuburkan Sikap “Inferior”
Taktik III: Membuat Generalisasi Negatif
Taktik IV: “The White Man’s Burden”
Taktik V: Propaganda Melayu Tiada Tamadun
Taktik VI: Menyuburkan Internalized Racism dan “Apologedik”
Taktik VII: Menyeleweng Sejarah
Taktik VIII: Pendewaan kepada Penjajah
Puisi: Gadis Sejarah
Ilmu Silap Mata Penjajah
Taktik IX: Muslihat “De Facto”
Taktik X: Meletakkan Boneka
Taktik XI: Muslihat Majoriti dan Minoriti
Taktik XII: Muslihat “Majoriti Senyap Adalah Minoriti”
Taktik XIII: Muslihat Ideology Switching
Taktik XIV: Muslihat “Mengiktiraf Semua”
Taktik XV: Muslihat Victim Playing
Taktik XVI : Muslihat “Cairkan Dahulu”
Taktik XVII: Muslihat False Flag
Taktik XVIII: Muslihat “Askar Kitol”
Taktik XIX: Muslihat “Minta Maaf Buat Lagi”
Puisi: Kapasitor dan Buah Pinggang
Ilmu Santau Penjajah
Taktik XX: Dasar Pecah dan Perintah
Taktik XXI: Strategi “Kekuasaan daripada Kekacauan”
Taktik XXII: Kesan “Mementingkan Diri Sendiri”
Taktik XXIII: Dasar Monopoli
Taktik XXIV: Dasar Diskriminasi
Taktik XXV: Penempatan Semula
Taktik XXVI: Bina “Sekolah Terhad”
Taktik XXVII: Menghalang/Mengehadkan Peribumi Ada Pasukan Tentera Sendiri
Taktik XXVIII: Memanipulasi Negeri Pengufti
Taktik XXIX: Menguasai Media
Taktik XXX: Menyerang Bahasa, Budaya dan Sejarah

BAB 2: SI KITOL PENGKHIANAT

Puisi: Ke Mana Aku
Watak Si Kitol
Puisi: Führerbunker
Perbuatan dan Cara Si Kitol Bekerja
Puisi: Logaritma Hatimu
Kitol Melayu dalam Politik dan Pentadbiran
Kesan dan Cara Mengatasi Saka Si Kitol

BAB 3: ILMU KEBAL PERIBUMI

Puisi: Roswell
Teras Ilmu Kebal
Puisi: Kuantum
Susuk Ilmu Kebal
Puisi: Illuminatus

Glosari
Bibliografi

Additional information

Weight0.5 kg
Dimensions12 × 5 × 15 cm