Home/Books/Dasar Pandang Ke Jepun

Dasar Pandang Ke Jepun

RM28.00

In stock

DASAR PANDANG KE JEPUN disiapkan untuk orang awam di luar sana bersama-sama kami untuk memahami, membedah dan menganalisis dua sisi, sama ada baik atau buruk mengenai sebuah negara yang bernama Jepun ini. Dan akhir sekali, kami membiarkan anda membuat kesimpulan untuk memilih sisi baik yang anda rasa sesuai untuk diterapkan dalam diri anda, atau skala lebih besar, masyarakat dan negara.

In stock

SKU: PP-IH-000024-DPKJ Category:

Description

Penulis: Moustapha Abbas

Genre: Sains Sosial / Sejarah

ISBN: 978-967-17344-3-8

Mengenai buku:

Dasar Pandang ke Timur merupakan dasar ekonomi yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 8 Februari 1982. Dasar ini diumumkan semasa Persidangan “5th Joint Annual Conference of MAJECA/JAMECA” di Hotel Hilton Kuala Lumpur.

Salah sebuah negara dalam destinasi Timur yang diperkatakan oleh Tun Mahathir ialah Negara Matahari Terbit, iaitu Jepun. Namun, setelah 37 tahun dasar tersebut diperkenalkan, apa yang orang kita kenal tentang Jepun? Boleh dikatakan, hampir tidak wujud karya-karya yang bersifat pop membahaskan mengenai dasar itu. Kalau kita benar-benar mahu mencontohi Jepun, apa yang patut kita contohi? Sudah tentu, di sebalik permata dan keagungan yang dapat kita pertontonkan serta dipersembahkan mengenai Jepun, pasti ada sisi-sisi gelap yang tidak diketahui mengenai negara ini.

Jadi, DASAR PANDANG KE JEPUN disiapkan untuk orang awam di luar sana bersama-sama kami untuk memahami, membedah dan menganalisis dua sisi, sama ada baik atau buruk mengenai sebuah negara yang bernama Jepun ini. Dan akhir sekali, kami membiarkan anda membuat kesimpulan untuk memilih sisi baik yang anda rasa sesuai untuk diterapkan dalam diri anda, atau skala lebih besar, masyarakat dan negara.

Additional information

Weight 0.5 kg
Dimensions 12 × 5 × 15 cm