fbpx
Home/Books/Malaya 1941

Malaya 1941

RM28.00 RM25.20

In stock

Pada tahun 1940, panglima-panglima perang Jepun harus bersepakat dengan kata putus. Mereka hanya mempunyai dua pilihan iaitu – Hokushin-ron (Jalan ke Utara) atau Nanshin-ron (Jalan ke Selatan). Hokushin-ron ialah doktrin perluasan kuasa Jepun yang menyasarkan kawasan sebelah utara Jepun, yakni Manchuria dan Siberia yang telah dinilai potensinya dari aspek politikal dan ekonomi kepada empayar Jepun.

Sementara Nanshin-ron pula ialah doktrin perluasan ke selatan yang menyasarkan kawasan Asia Tenggara yang kaya dengan sumber asli yang sangat kritikal kepada empayar Jepun. Jepun tidak berasa bersalah untuk menjajah kerana menganggap mereka setaraf dengan kuasa-kuasa Barat yang telah pun memiliki empayar dan jajahan yang luas.

In stock

SKU: PP-IH-000037-MAL Category: Tag:

Description

Penulis: Rafe Rahmat & Hairil Anuar

Genre: Perang

ISBN: 978-967-2437-04-8

Mukasurat: 210

Mengenai buku:

Pada tahun 1940, panglima-panglima perang Jepun harus bersepakat dengan kata putus. Mereka hanya mempunyai dua pilihan iaitu – Hokushin-ron (Jalan ke Utara) atau Nanshin-ron (Jalan ke Selatan). Hokushin-ron ialah doktrin perluasan kuasa Jepun yang menyasarkan kawasan sebelah utara Jepun, yakni Manchuria dan Siberia yang telah dinilai potensinya dari aspek politikal dan ekonomi kepada empayar Jepun. Sementara Nanshin-ron pula ialah doktrin perluasan ke selatan yang menyasarkan kawasan Asia Tenggara yang kaya dengan sumber asli yang sangat kritikal kepada empayar Jepun. Jepun tidak berasa bersalah untuk menjajah kerana menganggap mereka setaraf dengan kuasa-kuasa Barat yang telah pun memiliki empayar dan jajahan yang luas.

Walau bagaimanapun, laporan Kolonel Masanobu Tsuji yang merupakan ketua kepada Unit Penyelidikan Tentera Taiwan atau turut dikenali sebagai Unit No. 82 mendakwa bahawa bekalan bahan api bagi kegunaan keseluruhan ketumbukan tentera Jepun hanya boleh bertahan selama setahun sahaja sekiranya mereka berperang dengan Kesatuan Soviet. Oleh itu, Kolonel Tsuji dipertanggungjawabkan untuk merancang kemaraan Jepun ke Asia Tenggara yang melibatkan Malaya, Filipina, Borneo serta Hindia Timur Belanda (kini Indonesia). Tetapi untuk misi ini, Kolonel Tsuji hanya diberi masa selama 6 bulan sahaja! Untuk perancangan dan latihan.

Adakah Kolonel Tsuji berkeupayaan merancang satu operasi amfibia yang memerlukan sokongan daripada banyak kapal? Bagaimanakah pihak Jepun akan melakukan ulang bekal kepada pasukan infantri yang bakal mara ala Blitzkrieg sejauh 1,000 km dari Songkhla ke Singapura? Pada masa yang sama, mampukah operasi ini dilaksanakan serentak dengan tindakan menghalang tentera laut Amerika daripada terus menguasai Lautan Pasifik? London pula telah mengarahkan tentera British di Malaya untuk bertahan sehingga bantuan tiba jika perang meletus di Timur Jauh.

Saksikanlah pertembungan dua kuasa besar di Tanah Melayu dalam Malaya 1941 ini.

ISI KANDUNGAN

Penghargaan
Pendahuluan
Tentera British Sepintas Lalu.
Tentera Jepun Dan Zaman Pembaharuan Meiji.
Biodata Ringkas Komander-Komander Tentera Jepun di Malaya.
Biodata ringkas komander-komander tentera British di Malaya.
Force Z dan tenggelamnya HMS Prince of Wales dan HMS Repulse.
Operasi Matador.
Krohcol (Kroh Column).
Pertempuran Kota Bharu.
Pertempuran Jitra.
Pertempuran Kampar.
Pertempuran Slim River.
Pertempuran Gemas, Muar dan ParitSulong.
Pertempuran Endau.
Faktor-Faktor kejatuhan Tanah Melayu ke tangan Jepun.
Sistem Senjata.
Tentang Penulis
Wawancara Bersama Rafe Rahmat dan Hairil Anuar
Glosari
Rujukan

Additional information

Weight0.5 kg
Dimensions12 × 5 × 15 cm

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Malaya 1941”

You may also like…