fbpx

Rahsia Empayar Melayu Sriwijaya

RM28.00

In stock

Buku ini mengajak umat Melayu untuk kembali mengenang sejarah silam yang dilupakan. Srivijaya yang berdiri sejak abad ke-6, ada rahsia yang menanti anak cucu untuk disingkapkan. Ada perjalanan panjang dalam meneroka sejarah yang tenggelam. Ayuh, ikuti kami mengembara menyelami riwayat sebuah tamadun agung, yang pernah bangsa kita dirikan dalam buku ini.

In stock

SKU: PP-IH-000045-REMS Category:

Description

“Di Laut Champa (Laut China Selatan) adalah empayar sang Maharaja, raja seluruh kepulauan,yang berkuasa atas kerajaan tanpa batas dan mempunyai pasukan tak terhitung banyaknya. Bahkan kapal yang paling terpantas tidak dapat menyelesaikan dalam masa dua tahun mengelilingi pulau-pulau yang berada di bawah pengaruhnya.Wilayah raja ini menghasilkan segala macam rempah-rempah dan aromatik,dan tiada kerajaan lain (sebagaimana empayar ini) mampu mendapatkan banyak kekayaan dari bumi.” – Al- Masudi

Empayar Melayu Srivijaya, nama yang dilupakan oleh umat Melayu. Rahsianya tenggelam dalam lipatan. Melaka lebih didendangkan kalau bicara tentang sejarah Melayu sehingga terlupa akan satu lagi empayar yang maha agung. Empayar yang maharajanya bermandi-manda dalam limpahan jongkong emas. Empayar luas merangkumi seluruh kepulauan. Pelabuhannya masyur, menarik jutaan dagangan.

Additional information

Penulis

Abdullah Sidek

Year

2021

ISBN

9789672437048

Bil. Muka Surat

264

Language

Malay

Go to Top