//Teknologi Kesultanan Melaka

Teknologi Kesultanan Melaka

RM49.00

Out of stock

Rated 5.00 out of 5 based on 1 customer rating
(1 customer review)

Setiap metropolis atau bandar pelabuhan memerlukan teknologi tinggi untuk menampung aktiviti penduduk serta pedagang. Dari teknologi pengairan dan saliran, kewangan dan urusniaga, ketenteraan dan perlindungan, jalan raya dan pergudangan, pelabuhan dan pembaikan kapal. Semua ini akan dikupas di dalam buku ini dari perspektif Kerajaan Melaka. Buku ini akan merungkai dan menjelaskan bagaiman Melaka dapat beroperasi sebagai salah sebuah pelabuhan entreport tersibuk di dunia.

Out of stock

SKU: PP-OP-000001-TKM Category:

Description

Pedagang-pedagang dari segenap penjuru dunia telah datang berdagang di Melaka

Kesultanan Melaka memiliki perlabuhan yang terkaya di dunia di zaman kegemilangannya. Pedagang-pedagang dari segenap penjuru dunia telah datang berdagang di Melaka. Maka, selain dari memiliki teknologinya tersendiri, Kesultanan Melaka juga terdedah dengan peradaban asing seperti peradaban Islam (Arab, Parsi, India dan Turki), dari barat serta Peradaban China dan Jepun dari Timur.

Ini menyebabkan Melaka tidak ketinggalan dari segi sains dan teknologi dari taamdun-tamadun luar yang sezaman dengannya. Malangnya, sebahagian dari masyarakat hari ini menyangka bahawa Kesultanan Melaka hanyalah sebuah kerajaan yang kuno dan jauh ketinggalan dalam kemajuan teknologi. Malah yang lebih malang bahawa kewujudan Kesultanan Melayu Melaka hanyalah mitos semata-mata.

Ini disebabkan peninggalan Kesultanan Melaka telah dimusnahkan oleh Portugis ketika mereka menawan Melaka pada tahun 1511. Namun, kebenaran sememangnya tidak dapat disembunyikan. Berdasarkan catatan-catatan sejarawan portugis sendiri, Kesultanan Melaka memiliki peradaban dan teknologi yang boleh dibanggakan. Oleh itu, buku ini menyajikan tentang teknologi-teknologi dan peradaban yang terdaoar dalam Kesultanan Melayu Melaka berdasarkan catatan-catatan Portugis.

Additional information

Weight 0.5 kg
Dimensions 12 × 5 × 15 cm
Penulis

Hasanuddin Yusof

ISBN

00000000000000000

Ketebalan

0 Halaman

1 review for Teknologi Kesultanan Melaka

  1. Rated 5 out of 5

    nana

    good books

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *