fbpx
Home/Books/Titanic Di Hujung Jari

Titanic Di Hujung Jari

RM28.00

In stock

Buku ini membawa pembaca menyelusuri detik-detik dari pada terbinanya kapal hinggalah ke 100 tahun sambutan kapal ini. Buku ini bukan membawa pembaca hanya sekadar membaca, tetapi menjadi seolah-olah sebagai saksi kepada salah sebuah tragedi agung itu. Hayatilah dengan air mata.
Titanic adalah cinta yang terkubur dalam lautan gelora.

In stock

SKU: PP-IH-000028-TITAN Category:

Description

Penulis: Aiman Hakim & Moustapha Abbas

Genre: Sejarah Dunia

ISBN: 978-967-17344-6-9

Mukasurat: 235

Mengenai buku:

Titanic. Sebuah tragedi, darah dan air mata. Kapal yang dikatakan takkan tenggelam ini tidak menyangka akan menghadapi saat tragis yang mencatatkan sejarah dunia. Dalam meniti ke arah tragedi, para penumpang bersosial dan bercanda seolah-olah tiada hari esok. Kapal ini menceritakan sosial darjat yang berbeza. Para kelas atasan mengumpulkan sebilangan elitis manakala kelas bawahan menghimpunkan sejumlah pengembara yang ingin mengubah hidup mereka ke dunia baharu yang diidamkan.

Tetapi malangnya, tanggal 11.40 malam 14 April 1912, bermula titik hitam yang mengubah segalanya. Di tengah Lautan Atlantik yang membeku, kapal ini seolah-olah bandar kecil yang menanti masa untuk pergi. Sepanjang 2 jam 40 minit itu, peristiwa yang meruntun jiwa bermula daripada perpisahan antara keluarga, pemuzik yang bermain hingga ke akhir di atas dek sehinggalah Kapten yang pasrah di ruang pengemudi kapal dan pereka yang mati bersama kapal agungnya di bilik merokok kelas pertama.

Kisah Titanic terkubur bersama kapalnya di dasar Atlantik sehinggalah penemuannya pada1 September 1985 yang menggemparkan dunia dan seterusnya  12 tahun kemudian Titanic sekali lagi di atas takhta apabila James Cameron mengarahkan filem dengan judul yang sama dan mencipta sejarah dalam industri perfileman dunia.

Buku ini membawa pembaca menyelusuri detik-detik dari pada terbinanya kapal hinggalah ke 100 tahun sambutan kapal ini. Buku ini bukan membawa pembaca hanya sekadar membaca, tetapi menjadi seolah-olah sebagai saksi kepada salah sebuah tragedi agung itu. Hayatilah dengan air mata.

Titanic adalah cinta yang terkubur dalam lautan gelora.

Kandungan

BAHAGIAN I: SEJARAH 

1 Pembinaan
2 Pelayaran
3 Malam Tragedi

BAHAGIAN II: IKON

4 Edward John Smith
5 Thomas Andrews
6 Charles Herbert Lightoller
7 Joseph Bruce Ismay
8 John Jacob Astor IV
9 Margaret “Molly” Brown
10 Isidor Straus X
11 William Thomas Stead
12 Kolonel Archibald Gracie IV
13 Harold Sydney Bride

BAHAGIAN III: TRIVIA

14 Siapa Sebenarnya Orang yang Menenggelamkan Titanic
15 Punca Sebenar Titanic Karam
16 Watak-Watak Sebenar dalam Filem Titanic (1997)
17 Individu Terkenal yang Terlepas Menaiki Titanic
18 Teori-Teori Konspirasi yang Menyelubungi Titanic
19 Thomas Andrews: Pembina Kapal Titanic
20 Titanic Versi Nazi Jerman
21 Titanic dan Legasi Aisberg
22 Pabila Titanic Dimamah Bakteria
23 Kisah Cinta Sebenar Titanic
24 Mangsa Titanic yang Dilupakan
25 Titanic: Saksi Kisah Tenis Terhebat
26 Tenggelamnya Sultana: Tragedi Titanic Versi Amerika

Additional information

Weight 0.5 kg
Dimensions 12 × 5 × 15 cm

You may also like…