fbpx
Home/E-Buku

Koleksi e-buku terbitan Patriots Publishing.

  • E-BUKU
    Buku ini merupakan himpunan analisis keadaan geopolitik serantau dan dunia, memberi pencerahan serta sudut pandang rasional lagi objektif. Diplomasi, perhubungan serta perdagangan antara negara, cold war dan peperangan antara negara bukanlah sesuatu yang boleh diukur dengan emosi, persepsi serta sentiment semata-mata. Dunia Tanpa Tembok membawa anda merungkai kesemua aspek ini di dalam gaya bahasa yang amat mudah difahami dan dihadam.
  • E-BUKU

    E-BUKU Puteri Bunian Bulan – Aliff Mustafa

    RM14.00 RM10.50
    SINOPSIS BUKU FIKSYEN PERTAMA TERBITAN THE PATRIOTS:Alam raya ini bakal menyaksikan perubahan keramat menjelang era pengakhiran akhir zaman. Maka satu per satu khalifah di Nusantara pun mula dibangkitkan. Bukan di alam nyata sahaja, malah di dunia sebelah sana juga.Ini ialah kisah kelahiran seorang puteri yang suatu hari nanti bakal mengubah status hierarki beraja di seluruh alam. Lahirnya di sebuah pulau dari Pantai Timur Malaysia.Ini juga kisah seorang putera yang sangat sayangkan maruah umat manusia sehingga sanggup menghancurkan segala-gala dengan bara apinya.Dua manusia berdarah istimewa ini akan melaga keazaman mereka, kepercayaan mereka, tekad dan raksa kersani mereka demi satu matlamat agung untuk membebaskan tanah kelahiran mereka dari terus jahil di dalam permainan syaitan. Kesudahannya akan membuka mata semua makhluk bernyawa. Mereka ialah bukti hidup yang segala-galanya ada di sekeliling kita!
  • E-BUKU
    SINOPSIS BUKU FIKSYEN PERTAMA TERBITAN THE PATRIOTS:Surat berantai yang disebarkan melalui Whatsapp itu kalau disebarkan kepada 77 orang dalam masa sehari, maka kisah-kisah dongeng, fantasi, dan berhantu itu akan menjadi realiti. Dalang disebalik permainan tersebut hanya menggelar dirinya sebagai Si Luncai.Setiap waktu, ada sahaja benda yang tidak wujud yang disebarkannya, yang kemudian tersebar ke orang lain menjadi realiti. Tiada siapa yang tahu identiti sebenar Si Luncai, tidak juga yang tahu apa motif dan bagaimana dia melakukannya.Mayat yang sudah mati bangkit dari kubur, hantu laut yang mampu menunaikan permintaan berkaitan apa sahaja, kem perang menakutkan sehinggalah ke muzium kapal Titanic terbesar di dunia yang memakan nyawa.Semuanya angkara Si Luncai. Salah seorang mangsa ialah Shahmil dan sahabat-sahabatnya secara tidak sengaja terheret dalam permainan Si Luncai. Situasi memaksa mereka mencari Si Luncai, menghentikan segala tindak-tanduknya atau nanti Dirgahayu yang benar-benar terkesan dengan permainan surat rantai Si Luncai itu hancur!  
  • E-BUKU
    Tamadun yang pada asalnya bermula dari tempat tidak punya apa, lalu berjaya bangkit menggegar dua kuasa dunia pada bahagian kiri dan kanannya sehingga kedua-dua empayar gergasi itu jatuh rebah dalam puing kehancuran. Siri peperangan yang tertulis di hujung tinta sentiasa menceritakan tentang perwira dan para syuhadanya yang gugur menggempur ketumbukan Parsi yang angkuh dan Rom yang mendada.Dengan tambahan bab Ekslusif di edisi baru ini 
  • E-BUKU
    Wahai Melayu, ini ialah sebuah riwayat yang mensyairkan keagungan yang tidak terganti walaupun seribu zaman. Dari Kedah Tua dan besi-besinya yang menjadi lagu perang, Srivijaya yang menakluk seluruh kepulauan menjadi satu bangsa dan Melaka yang kayanya tidak terbayang dek akal manusia. Hal ini ialah kitab yang merakamkan sebuah keagungan yang menyembah kaki Melayu.
  • E-BUKU
    Alphonse de Lamartine, seorang penulis dari Perancis pernah menulis dalam karya beliau Histoire de la Turquie;
    "Sekiranya keagungan sesuatu tujuan, keremehan tindakan, dan hasil yang hebat itu merupakan 3 ukuran kegeniusan manusia, siapa yang berani untuk membandingkan manusia hebat di era moden ini dengan Muhammad?"
    (Histoire de la Turquie, Paris, 1855, vol. 1 halaman 154)
  • E-BUKU
    Perang itu sebuah seni. Ya, seni yang sangat memukau. Ia memerlukan kelicikan,strategi dan taktikal yang kena pada tempat dan waktunya. Jika kita membuka helaian sejarah, maka kita akan dapati terlalu banyak himpunan kisah seni-seni yang memukau manusia.Kita akan kagum dengan jeneral-jeneral perang yang pernah wujud dalam sejarah. Kepintaran mereka menghasilkan sebuah seni peperangan tetap kekal menjadi kisah-kisah yang didendangkan kepada duni.
    Sesungguhnya anda semua akan dipersembahkan dengan sebuah seni terindah yang pernah manusia hasilkan, PERTEMPURAN & PEPERANGAN