Tentang Kami

PATRIOTS PUBLISHING SDN BHD merupakan divisyen penerbitan bahan bacaan bercetak dan elektronik bagi kumpulan penulisan kandungan digital tersohor, The Patriots Asia. Penerbitan ini dimiliki penuh oleh Patriots Holding Sdn Bhd.

Bermula dengan jenama TP Press pada tahun 2015, penerbitan ini kemudian melakukan perubahan jenama dengan nama baharu Patriots Publication pada tahun 2017. Sehinggalah pada tahun 2019 setelah berkembang maju, penerbitan ini kini dikenali sebagai Patriots Publishing Sdn Bhd.

Matlamat penerbitan ini ialah menerbitkan bahan-bahan bacaan yang mempunyai nilai-nilai akademik dan ilmiah dengan misi merakyatkan semula atau mempopularkan keilmuan di kalangan masyarakat pada hari ini.

Perkembangan Ringkas

OKTOBER 2017:  Buku pertama diterbitkan berjudul Dunia Tanpa Tembok karya Ayman Rashdan Wong. Mula dijual secara dalam talian dan mencatatkan jualan sebanyak 2000 naskhah pada bulan pertama.

APRIL 2018: Menyertai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur buat kali pertama.

MEI 2018: Menjadikan kedai buku Gallery Bookstore sebagai kedai buku rangkaian pertama menjual buku-buku terbitan Patriots Publication khusus di kawasan Pantai Barat Semenanjung.

OKTOBER 2018: Kedai buku SMO Bookstore menjadi kedai buku rangkaian kedua khusus di kawasan Pantai Timur Semenanjung.

JANUARI 2019: Mula dijual di kedai buku antarabangsa dari Jepun iaitu Kinokuniya di KLCC.

APRIL 2019: Buku berjudul Dunia Tanpa Tembok: II karya Ayman Rashdan Wong memenangi Anugerah Buku Negara 2019 bagi kategori buku umum Geopolitik.

MEI 2019: Operasi penerbitan berpindah ke lokasi kini di Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur.

OGOS 2019: Patriots Publishing Sdn Bhd ditubuhkan.

OKTOBER 2019: Patriots Publishing menyertai pesta buku luar negara yang pertama iaitu Frankfurt Buchmesse di Frankfurt, Jerman.

JANUARI 2020: Hasil penyertaan di Frankfurt Buchmesse, Patriots Publishing berjaya menjual hakcipta penerbitan kepada penerbit dari Korea Selatan iaitu Sanzini Book Publishing untuk dua buku iaitu buku Dunia Tanpa Tembok: II dan buku Tasjil Anis Salatin. Kedua-dua buku ini akan diterbitkan di Korea Selatan dijangka pada Oktober 2020. Patriots Publishing juga akan menerbitkan buku dari luar negara yang pertama berjudul Seo Young Hae: Pejuang Kemerdekaan di Paris pada Julai 2020.

FEBRUARI 2020: Patriots Publishing buat pertama kali berjaya mencapai 100,000 cetakan buku terkumpul.