Zaman Keemasan Tamadun Islam

Zaman Keemasan Tamadun Islam

Helmi Effendy

Kulit lembut
10 December 2025 | Imprint: The Patriots

Sinopsis

"Bahan bacaan permulaan untuk mengubah mentaliti masyarakat melalui pemahaman sejarah"

Petikan oleh ML Studios

Dunia pernah menyaksikan kegemilangan tamadun Islam yang tiada tandingan, di mana ilmu menjadi cahaya yang menerangi setiap sudut peradaban. Ketika membaca Zaman Keemasan Tamadun Islam, pembaca akan dibawa menyelami kisah-kisah yang menakjubkan tentang Baghdad, pusat keilmuan yang melahirkan sarjana-sarjana agung; tentang Baitul Hikmah, sebuah institusi ilmu yang menjadi simbol kecemerlangan intelektual; serta Cordoba, permata Andalusia yang memancarkan sinar ilmu ke seluruh Eropah.

Dihiasi dengan naratif tentang penemuan-penemuan hebat seperti algebra oleh Al-Khwarizmi, karya perubatan Al-Zahrawi dan usaha penterjemahan manuskrip ilmu dunia oleh khalifah seperti Harun al-Rashid dan Al-Ma’mun, buku ini ialah sebuah pengiktirafan terhadap sumbangan besar Islam kepada kemajuan tamadun manusia.

Lebih daripada sekadar bacaan sejarah, Zaman Keemasan Tamadun Islam ialah satu seruan untuk kembali menggali semangat keilmuan yang pernah menjadi nadi kepada tamadun Islam. Buku ini sesuai untuk mereka yang ingin memahami kebesaran warisan umat dan memupuk inspirasi untuk masa depan.

334 halaman ISBN 9786299807971

Butiran

Tarikh terbit: 10 December 2025
Halaman: 334
ISBN: 9786299807971
Imprint: The Patriots

Tentang Penulis

Pengasas bersama The Patriots, aktivis sejarah, dan salah seorang penulis paling prolifik di Malaysia. Beliau mempunyai impian untuk menubuhkan sebuah "Baitulhikmah versi Melayu", iaitu sebuah usaha mega menterjemah dan menghimpunkan karya-karya agung pemikiran dunia ke dalam bahasa Melayu supaya ilmu dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat.